Drama politik perkauman nampaknya semakin menarik. umNO melalui Muhyidin cuba menjadi juara melayu. Chua Seks Lek pula cuba memulihkan imejnya di kalangan bangsa Cina. NGO kedua dua bangsa juga tidak ketinggalan dalam drama menjelang pilihanraya.
Di sudut yang asing, Najib masih mempertahankan Satu Malaysia nya. Umum mengetahui bahwa parti dalam Barisan Nasional sememangnya berasaskan perkauman. Di hadapan rakyat mereka menjadi juara bangsa, di gua penyamun mereka membahagikan harta sesama mereka. Ia bukan perkara baru. Ia drama yang diulang skripnya di saat Barisan Nasional kehilangan kuasa dan sokongan rakyat.
umNo gagal memujuk PAS untuk berdiri bersama mereka di posisi melayu. PAS memilih untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat kerana lebih yakin dengan ketelusan bersama PKR dan DAP. umNo tetap gagal sekalipun cuba mengangkut kononnya 40 ulama muda. umNO juga gagal memperkudakan mufti Harusani . Terbaru Ridzuan Tee.
Dalam masa yang sama umNO cuba melagakan PAS dengan institusi mufti kerana yakin jika PAS terus berperang dengan mufti, orang melayu akan marah PAS . Mereka tahu betapa melayu masih menghormati mufti sekalipun mufti hanya bernilai dengan jawatan yang disandangnya. Nampaknya pemimpin PAS lebih matang kali ini dengan tidak melayan provokasi mufti walaupun dilakukan berulangkali.
Kenyataan TG Presiden sangat matang " Harusani hanya orang kecil yang tak perlu dilayan". memang benar kenyataan Harusani bukan hanya macam orang kecil malah macam budak budak hingusan seperti provokasi baru baru ini. Beliau mendakwa ada orang yang nak gubal perlembagaan yang mengikis Islam dan melayu. Bila ditanya dia jawab biarlah tak perlu diberitahu.
Bukan sekali Harusani berperangai begitu...Orang Perak masih ingat isu seorang wanita yang mengadu dan memohon perlindungan serta rahsia dari Harusani. Harusani akhirnya mendedahkan maklumat itu dan berlepas diri macam tak tahu apa. Khabarnya beliau "bekerja: di Syiria beberapa hari. Itu sikap tidak bertanggungjawab beliau.
Drama pergaduhan Chua seks Lek dan Mahyudin pastinya akan disambut oleh kuda kuda umNO dan MCA bagi menyemarakkan lagi isu itu. Orang cina mungkin tak peduli... tapi bagi orang melayu mereka akan takut kehilangan keistimewaan kononnya. Hujah mereka sangat mudah.." tengok, Cina dah naik tocang bila melayu tak bersatu" itu skrip popular yang dijaja umNO khususnya di Kampung.
Kita nantikan kelahiran Hang Tuah yang akan menguhunus keris untuk mempertahankan melayu kononnya... setakat ini watak itu di pegang Ibrahim Ali, disamping bendahara yang disandang Harusani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan