Selasa, 24 Ogos 2010

ZAHID YANG TERLUPA..

Membaca komen Zahid berkaitan penentangan Karpal Dan Lim terhadap hudud sangat lucu. Karpal dan Lim bercakap sebagi seorang yang bukan muslim Apatah lagi mereka adalah pengamal undang undang...tentunya mereka bercakap terhadap apa yang mereka tahu tentang islam sebagai seorang yang bukan islam dan undang undang yang dipertahankan oleh umNo selama ini.

Karpal dan Lim wajar bercakap begitu sebagai seorang yang bukan Islam. Mereka juga bercakap begitu kerana itulah realiti undang undang Malaysia yang mereka adalah pengamalnya. Undang undang yang diperthankan oleh umNO BN sekian lama.

Pelikny zahid melupakan amaran dan larangan keras kerajaan pusat pimpinan Dr Mahathir yang sampai sekarang umNO semasa Kelantan meluluskan undang undang jenayah syariah Kelantan. Undang undang itu bukan untuk umNO juga ramai yanag bukan islam atau tak nampak macam muslim

“Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata.

“Sikap toleransi dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial.

Karpal dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain yang boleh digunakan, justeru tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai kebiadaban sikap pembangkang seperti DAP yang tidak faham dengan syariat Islam yang sebenar.

“Mereka perlu faham, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam yang didapati bersalah dan bukan mudah untuk hukuman seperti potong tangan dilaksanakan. “Ada banyak perkara perlu diambilkira, DAP perlu sedar perkara sebegini mencerminkan sikap sebenar mereka terhadap agama Islam,” katanya. ( zahid Mstar)

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Depa ni adalah puak hipokrit!!!