Mencampuri isu rakan bukanlah sesuatu yang saya minati. Namun sebagai ahli dan pendokong dalam Pakatan Rakyat tentunya melihat budaya umNo dalam pakatan Rakyat sesuatu yang menjengkelkan. Entah apa yang mengundang dan berlaku di dalam PKR akhir akhir ini dilihat sebagai bawaaan watak umNO.BACA dan lagi
Dengan tidak menafikan bahawa sebahagian dari pemimpin dan pendokong PKR adalah bekas ahli nasionalis palsu itu, namun mereka meninggalkan umNO atas sebab kebencian dasar umNO bukan kebencian kepada pemimpinnya. Sebahagian yang membenci umNo kerana pemimpinnya dan mengharapkan sesuatu dari perjuangannya tidak kekal dalam perjuangan itu. Atas alasan apa mereka kembali kepada umNO bukan persoalannya kerana mereka boleh sahaja mendatangkan sejuta hujjah bagi menghalalkan kembalinya mereka ke lubuk taik itu sekalipun atas alasan yang sama mereka meninggalkannya dulu.
Kembalinya Ibrahim Ali ke pangkuan umNO setelah berjaya "menjilat Pungkuq Mahathir" dan kini sedaya mungkin "menjilat pungkuq Najib". Betapa berani nya Lukman Adam ketika era reformasi bersama Ezam yang menjadi nadi perjuangan Reformasi. Zahid Hamidi yang terlebih dahulu menyondol bontot Mahathir walaupun beliau adalah pencetus isu kronisme ketika membahaskan ucapan di persidangan umNO. Beliau adalah ketua pemuda yang akhirnya menjadi pondan setelah beberapa hari di simpan di lokap ketika di tahan di Lapangan terbang Kota Kinabalu. Ruslan Kasim juga telah dibungkus terus dalam lipatan parti najis itu. itu dulu.
Kini yang tinggal di dalam PKR bukan lagi wira reformasi. mungkin yang berbaki hanya nama seperti Dr.Badrul Amin, Saari Sungip, Tian Chua, Gobala dan beberapa nama yang menonjol di era itu. Kita boleh semak nama pemimpin reformasi ketika itu. Tiada nama menonjol selain sekali sekala di samping beberapa nama besar yang bukan pemimpin. Mereka adalah wira yang berjuang di dataran dan lapangan dengan penuh keikhlasan, menuntut keadilan dan perubahan. Merekalah wira sebenar yang terus meneguhkan PKR hingga kini. Sebahagian mereka masih ada di cabang dan ranting dan sebahagian mereka telah kembali menghadap Allah yang maha kuasa.
Isu sokongan terbuka yang dibuat oleh apa yang didakwa sebagai penyokong Azmin adalah sesuatu yang tidak wajar! ia adalah wajah umNO yang mereka tampilkan kembali. umNO berpecah kerana isu sebegini. Di zaman yang popular suatu ketika dulu ialah era 2M, team Wawasan dan sebagainya.Akhirnya umNO lebur.
Saya sangat yakin, apa yang berlaku adalah tempoh sukar yang akan dilalui PKR. Walaupun atas nama demokrasi, ia sebenarnya bercanggah dengan demokrasi. Seakan dilihat ada gelombang baru menyingkirakan pemimpin tertentu dan dominasi pemimpin tertentu. Bayangkan seorang menteri Besar seperti Khalid Ibrahim ditentang oleh tiga calon yang tidak dikenali di peringkat cabang atau bahagian. Ia seakan satu perancangan menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar. Cerita menyingkirkan Khalid bukan baru.
Tentangan terbuka kepada Zaid Ibrahim melalui sokongan kepada Ezam yang belum mengumumkan tawaran diri bertanding timbalan presiden juga di lihat sebagai suatu isyarat menolak golongan yang diistilahkan sebagai orang baru dalam PKR. Umum mengetahui penonjolan mendadak Khalid dan Zaid di dalam PKR. Seakan ada kecemburuan kepada dua tokoh baru ini.
Lebih menarik apabila ada pula penafian dari individu yang dibabitkan dalam sokongan tersebut. Ia semakin memperlihatkan budaya kotor yang mendampingi pemilihan PKR. baca. Jika budaya mempergunakan seperti ini berlaku, ia pastinya akan memecahkan kesatuan PKR. umNO yang semakin tenggelam dengan kapal mewahnya pasti gembira dan tidak dudulk diam bagi memerihakan pergolakan ini. JANGAN BERALASAN BAHAWA IA TANDA DEMOKRASI DALAM PKR.. IA SESUATU YANG KOTOR! DSAI wajar melakukan sesuatu jika ingin mengekalkan kesepaduan dalam PKR. Mungkin pengalaman DSAI ketika bersama umNO sangat berharga untuk menilai apa yang menjalar di dalam PKR hari ini.
Semua suasana ini berlaku kerana fenomena 2008. Fenomena 2008 telah mengundang tsunami politik yang tidak hanya menghairahkan rakyat malah sebahagian pemimpin yang melihat peluang yang terbuka luas. Sebahagian pemimpin PKR yang terlebih dahulu meninggalkan PKR tentunya menyesali sedangkan merekalah pencetus kebangkitan itu. Belum sempat menikmati kemanisan hasil perjuangan mereka meninggalkannya kerana tidak tahan dengan ujian . Bagi yang meninggalkan PKR kerana kecewa tidak menikmati hasil "tumpang perjuangan" pula tentunya tersenyum puas dengan apa yang terjadi.
Amat penting budaya "mungkar politik " ini dikekang segera jika PKR ingin terus bernafas lega di arena politik negara. Jika tidak PKR akan jadi seperti semangat 46 yang terlebih dahulu dewasa dengan masa dan kecewa dengan usia yang lambat menganjak pemikiran dan perubahan minda rakyat. Akhirnya berkubur tanpa nisan yang menyembah umNO selamanya. Jika ini terus berlaku, mungkin hikmahnya juga satu proses penapisan dan saringan keikhlasan perjuangan buat PKR sebelum PRU 13 agar tiada lagi nama seperti Jamaludin dan Osman Jailu yang meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat di Perak.... SELAMAT BERJUANG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan