Selasa, 7 September 2010

APA RAHSIANYA??? PENDEDAHAN YANG TERGANTUNG

Pendedahan itu besar ertinya, namun persoalannyamengapa setelah jawatan tidak disambung? Apakah pendedahan itu satu tindakan lepas geram atau menghalalkan apa yang dilakukan selama ini? Atau ia satu senjata simpanan yang akan menghalang pendedahan lain yang boleh menggugat lena dan bulan madunya selepas bersara? Semua persoalan itu hanya mampu dijawab oleh Musa Hasan yang akan bersara.

Samada pendedahan itu hanya akan bersifat lontar batu sembunyi tangan atau lontar batu dalam kolam dan mendakwa ada ikan di dalamnya? Juga hanya Musa mampu menjawabnya. Pendedahan itu bukan menyelesaikan persoalan sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan. Jika di dedahkan secara terperinci siapa yang melakukannya, apa kes berkaitan dari apa yang berlaku dan sebagainya. Jika ia hanya pendedahan umum...ia mungkin satu ugutan agar tiada gangguan atau pendedahan lain yang berkaitan dengan dirinya yang boleh menganggu "honeymoon" bersaranya.

Musa perlu lebih bertanggungjawab dengan mendedahkan segalanya jika beliau berhasrat mendedahkan kepincangan yang ingin dibenteras. Musa perlu membebaskan ketua polis selepasnya dari gangguan yang pernah berlaku ke atasnya jika beliau benar benar tulus tidak mahu ianya berulang yang mengganggu tugas ketua polis baru.

Kita menanti siapakah penganggu itu..besar mana orang yang menganggunya??? apakah nama seperti Datuk Johari yang memang diketahui umum? Jika beliau yang dimaksudkan... ia hanya tindakan "cuci bontot" nya berbau seantero Malaya... Jika orang yang menganggunya masih berada dalam KDN , orang itu mesti di siasat....sejauh mana kebenaran dakwaan Musa atau tidak lebih dari igauannya yang terpaksa meninggalkan kerusi kebal yang melindunginya selama ini.....................



KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) semalam mendedahkan wujud campur tangan pihak ketiga ketika beliau menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: “Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah.”

Wartawan: “Kenapa wujud campur tangan itu?”

Musa: “Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri.”

Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau.

Jelas Musa, tindakan mencampuri tugas yang dilakukan oleh pihak berkenaan jelas bertentangan dengan arahan dan kawalannya sebagai Ketua Polis Negara.

“Kita tidak mahu orang (luar) bagi arahan salah, bila buat (ia) akan jadi salah.

“Arahan sepatutnya dikawal oleh polis bukannya daripada orang luar,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata Musa, arahan dalam pasukan tersebut sepatutnya dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Jelas beliau, polis akan menjalankan tugas selepas mendapat laporan daripada orang ramai. Beliau menambah, campur tangan sedemikian boleh mengganggu siasatan.

“Kita mesti berlaku adil dalam menjalankan siasatan supaya dapat dihormati oleh masyarakat.

“Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan menuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis,” kata beliau.

Ditanya bagaimana wujud campur tangan sedemikian ketika beliau menjalankan tugasnya, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Sumber : Kosmo

Tiada ulasan: