Khamis, 16 September 2010

HANTU RAYA.... RAYA HANTU???

Samada kita sedar atau tidak , Malaysia sedang dilanda budaya baru sambut raya. Kalau dulu orang sibuk bincang pasal hantu raya...nampak nya kini dah bertukar Raya hantu... tak caya tengok TV.. semuanya hantu....

Sepanjang seminggu, kalau tak silap kebanyakan cerita berkisar tentang hantu dan tahyul. Di saat malaysia menyambut kemajuan kononnya...rakyat dihidangkan dengan tahyul dan kesesatan.... katakutan dan khayalan... ke mana arah fikiran rakyat nak di bawa.?

Kalau masa aku kecik kecik tak de kategori SG, U, SX, PL atau sebagainya...namun siaran yang ditayangkan semuanya boleh ditabik lagi. Tapi setelah ada macam macam kategori ni...siaran yang ditayangkan makin menjadi jadi. Dari sex, ganas, tahyul dan macam macam merepek lagi.

Aku tak tahu di zaman ada menteri yang bukan hanya jaga kementerian Penerangan malah disekalikan dengan kebudayan ni...jadi makin merapu... Kalau kita tunding jari kepada orang...nanti ada yang kata jangan asyik salahkan kerajaan aje... habih tu...siapa yang kawal penyiaran???

Banyak komen kita terima dari pemikir dan penggerak masyarakat berhubung tragedi pembunuhan dan jenayah yang semakin melarat...kebanyakan komen mengharapkan agar siaran filem dan apa apa yang berkaitan dengan keganasan , jenayah termasuk kartun yang berunsur negatif dikaji semula.... nampaknya sehingga kini belum ada komen positif dari pak menteri berkaitan perkara ini...

Apapun yang paling jelas...tahun ni kita boleh kata Raya hantu.... bukan lagi hantu raya...

Tiada ulasan: