Khamis, 16 September 2010

ISLAM TERUS DI ANCAM

Ramai beranggapan umat Islam di malaysia bebas untuk melaksanakan sesuatu di negara ini. Tiada yang terhalang. Apatah lagi mahkamah syariah adalah mahkamah yang berkuasa membicarakan hal ehwal umat Islam. Persoalannya bagaimana jika ia membabitkan antara orang Islam dan bukan.

Inilah isu yang terus menghantui rakyat dan umat Islam. Secara realitinya memang kebanyakan hakim mahkamah sivil mengelak diri dari membicarakan kes yang dikendalikan oleh mahkamah syariah. Itu adalah sikap hakim...bagaimana pula ruang undang undang? Betulkah ia memberi kuasa kepada mahkamah syariah ke atas umat Islam?

Datuk Zaid Ibrahim menyalahkan pemimpin negara kerana sentiasa mengelak dari mebinncangkan isu sensitif demi kelangsungan politik apabila mendapat bantahan rakyat. Bagaimana nasib islam jika tiada bantahan...? apakah pemimpin akan membenarkan??? ini sangat membimbangkan..

Datuk Zaid Ibrahim berkata, isu-isu melibatkan konflik antara agama tidak dapat diselesaikan kerana pemimpin negara sering mengelak daripada menyelesaikan masalah berkenaan.

Zaid yang pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang berkata, beliau terlibat dalam meminda Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia.

Namun pindaan tersebut tidak dapat dijalankan memandangkan timbul banyak bantahan daripada pelbagai pihak.

"Apa yang berlaku dengan (rang pindaan) tersebut? Majlis Raja-raja mahu KIV dahulu kerana terdapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya ketika bercakap dalam satu majlis dialog di kolej UCSI hari ini.

Namun, selagi masalah berkenaan tidak dapat diselesaikan, konflik antara agama dan konflik antara mahkamah sivil dan syariah akan terus menjadi penghalang kepada keharmonian kaum, kata Zaid (atas).

Malangnya, perkara itu terpaksa diserahkan kepada ahli politik di dalam kerajaan untuk menjalankan usaha berkenaan, katanya lagi.

"Sama ada mereka malas atau tidak mahu menghadapi (keadaan) tidak popular selepas itu. Sebab itulah kita perlukan pemimpin seperti (ahli parlimen PAS) Khalid Samad atau Hannah Yeoh yang berani untuk menjelaskan isu-isu seperti ini," katanya

Dalam satu lagi sesi dialog sebelum itu, bekas ketua hakim mahkamah persekutuan Datuk Gopal Sri Ram berkata beliau hairan mengapa hakim mahkamah sivil enggan mendengar kes yang melibatkan kuasa mahkamah syariah.

Sedangkan, mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir statut undang-undang, kata Gopal (bawah).

"Saya tidak tahu mengapa apabila disebut saja mahkamah syariah, terus saja hakim-hakim di mahkamah sivil akan berasa takut," katanya ketika menyentuh interpretasi mengenai kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia.

Katanya lagi, mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk menentukan bidang kuasa mahkamah syariah.

"Sebab mahkamah syariah adalah dicipta melalui statut, dan siapakah yang menafsir statut ini? Ia (tanggungjawab) mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan untuk menafsir statut (undang-undang).

Beliau berkata demikian dalam majlis yang dianjurkan secara bersama antara oleh International Institute of Avanced Islamic Studies (IAIS) dan Malaysian Institute of Development and Asian Studies (MIDAS).

Turut berucap dalam Kongres Kebangsaan Mengenai Integriti itu ialah menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Idris Jala yang menyampaikan ucaptama sebelum itu.

1 ulasan:

kelapa mawar berkata...

Salam..

harap tuan dapat link blog kawan..

saya dah link blog tuan..