Sabtu, 18 September 2010

JIKA INI SATU PERJUANGAN...



Sekali lagi hati ini rasa tak selesa melihat persaingan dalam PKR khususnya persaingan merebut jawatan nombor dua yang di lihat hangat. Kelompok Azmin dilihat lebih agresif menyerang, sementara kelompok Zaid tidak kelihatan. Apakah Zaid mendapat sokongan akar umbi...tidaklah diketahui...cuma setakat ini lima undi memungkinkan Zaid meneruskan pesaingannya...


Namun kemaraan Mustafa Kamil Ayub sangat menarik perhatian. Beliau dilihat tampil sebagai calon yang mungkin lebih disenangi kerana watak pasif beliau. Akar umbi PKR terpaksa menilai dari sekarang watak pemimpin masa depam mereka. Walaupun Timbalan di dakwa kurang berkuasa oleh Zaid kerana bayangan Presiden dan Penasihat umum, namun jangan lupa... nasib penasihat umum itu belum ditentukan.

Setakat ini ketika tiga calon Timbalan Presiden itu tidak dilihat berjaya dalam memimpin negeri di mana mereka menjadi ketuanya. Azmin di Selangor , Zaid di Wilayah dan Mustafa Kamil di Perak. Ketiga tiga mereka masih belum membuktikan kepimpinan di negeri mereka. Azmin mempunyai kelebihan kerana menjadiketua di negeri yang memerintah.

Setakat ini calon dilihat lebih menumpukan kerja melobi dari memberi perhatian kepada isu negara. Sewajarnya mereka menonjolkan kepimpinan dengan membuktikan kepimpinan di negeri masing masing dan menyerang musuh dalam pelbagai isu yang ada. Cara itu mungkin lebih beradab dan dapat mengelakkan perpecahan dalaman dari sibuk melobi dan menyerang calon lawan.

Jika mereka masih sibuk melayan sesama mereka dari membuktikan karisma kepimpinan menyerang umNO , ternyata mereka adalah pemimpin yang lebih mementingkan kuasa dari perjuangan mereka. Kita akan melihat PKR meninggalkan keranda dan nisan emas dalam politik negara sebagaimana Semangat 46 yang meninggalkan Kelantan untuk dipertahankan oleh PAS. Jika ini satu perjuangan...kembalilah di landasan...

Tiada ulasan: