Rabu, 22 September 2010

LIDAH PENDEK OTAK SUMBING

update: Tiba tiba je meletup kisah PAS Kelantan dapat 4 bilion dari satu syarikat yang datang dari negeri antah berantah atas angin di sebalik kota pasir berdengung. Replika cek itu diserahkan kepada adik TG Menteri besar Kelantan bernama Nik Din. Nik Din yang difahamkan dijemput oleh rakan sekolahnya masa kecil dulu datang sebagai sahabat dan terkejut kerana diminta menerima bagi pihak Menteri besar dan PAS. Itulah adat berada dalam majlis orang bagi orang yang tahu adab. Apa diminta dilaksanakan apatah lagi diumumkan secara rasmi…. Demi menjaga maruah tuan rumah yang menganjurkan majlis.


Apa yang menariknya… kalau cek nak diserah kepada PAS Kelantan…panggillah wakil PAS Kelantan. Berapa ramai JK PAS Kelantan boleh dijemput. Takkan sorang pun tak mahu datang??? 4 bilion beb…bukan sikit…. Boleh belanja sakan PAS Kelantan dalam pilihanraya nanti… tapi tah macam mana adik Menteri besar tu plak dipanggil menerima bagi pihak PAS… Nasib la adik TG Nik Aziz tu orang PAS … Kalau di buatnya dia orang umNO atau PERKASA…. Tak ke naya???


Apakah orang yang nak bagi sumbangan begitu besar boleh bagi ikut suka je… 4 bilion… bukan sikit… takkan tak reti prosuder???

Lagi pelik sumbangan itu dikaitkan dengan projek yang kononnya nak dilaksanakan di Pantai Seri Tujuh Kelantan. Maknanya syarikat ni memang nak mampos cari nahas bagi rasuah depan orang…siap posing dalam surat khabar lagi….. silap silap dapat projek dari kerajaan pusat plak… cuba semak…


Tak kurang menarik lagi..syarikat ni bermodal berbayar sejuta je… Kalau di baca profil syarikat yang ditubuhkan pada 2007 ni..rasenye tak le kaya sangat… sini . Taukenye pun tak tersenarai dalam kalangan jutawan terkaya di Malaysia… apa mimpi nak sedekah sampai 4 bilion… rasenye orang yang berdarah hijau PAS pun belum tentu nak sumbang 4 bilion sekaligus…


Berita ini rupenye jadi bahan politik murahan blogger umNO yang dah patah gigi dan pendek lidah. Macam macam gaye tuduhan dilemparkan. Nampak sangat bangangnya blogger umNO ni… Kalau nak jadi bahan politik pun…pastikan le orang boleh percaya dulu…barule dijual di pasar.. ni tak… baru jumpe pinggan palstik lama bawah almari…dah kata pinggan ajaib… siap kata pinggan zaman Namrud lagi…

Pikir la sikit… ade ke pinggan plastic zaman dulu… kalau orang tak percaya wujudnya pinggan plastic zaman dulu…tak payah le cerita pinggan tu istimewa yang digunakan oleh Namrud dalam bilik tidur dia…


Saje aku buat perbandingan begini nak bagi penulis Blogger umNo yang sumbing otak dan pendek lidah ni boleh paham..kalau tak paham juge…sah seribu kali bangang nye.. layak untuk dapat upah je… Macam perbandingan dalam Al Quran… “ bagai anjing yang menjelirkan lidah untuk tuannya… bagi makan dia jelir lidah..tak bagi pun jelir juga… Cuma yang payahnya bile lidah pendek dan otak sumbing.


Bukan apa..kesian juga pencacai dan balaci umNo ni… punya takde cerita..cerita tahap macam ni pun dijadikan isu..jangan nanti orang nampak sangat kebangangan tu… Tak payah la aku nak suruh bukak surah hujurat plak sebab depa ni bukan jenis baca Quran… kalau jenis baca al Quran.. depa tak buat kerja hodoh macam ni…


Sebenarnya aku saje pilih tulis ayat macam ni sebab cerita ni cerita santai dan berita ni berita mengingau… tapi sebab kesian sangat dengan balaci umNo ni…aku tolong bagi ingat la supaya lain kali sebelum ulas berita…fikir banyak kali…lojik tak cerita ni… ada otak kan??? LU PIKIR LA SENDIRI….

penjelasan Ust Idris Ketua Penerangan PAS Pusat;

  • Semua orang heboh mengenai replika cek RM4 bilon yang diberikan oleh syarikat I’DA World Group yang berpejabat di Kelana Jaya Selangor kepada PAS.
  • Peliknya cek itu diberi atas nama PAS untuk Pas buat jalanraya di Kelantan?
  • Jikalau cek atas nama kerajaan negeri atau Serambi Makkah adalah kemunasabahanya untuk membantu rakyat Kelantan.
  • Kenapa atas nama Pas?
  • Buat jalan kerja kerajaan, bukan kerja parti.
  • Kenapa perlu Pas Kelantan buat jalan kerana di Kelantan Pas yang memerintah.
  • Penjelasan Sdr Wan Nik Setiausaha Politik, kad jemputan tersebut tidak dapat disahkan kerana tidak ada nama pengirim dan nombor telefon. Ini menyebabkan Menteri Besar tidak dapat menghadiri jemputan tersebut.
  • Kalau majlis watikah pada JKK pun ada tertera nombor telefon untuk dihubungi semula kepada pihak penganjur. Tidak waras sangatlah syarikat yang berbilion modal, begitu lemah protokolnya.
  • Menurutnya syarikat berkenaan belum diluluskan sebarang projek pembangunan di Kelantan biar pun pengerusinya mendakwa mendapat projek bernilai RM313.71 bilion di Tumpat. Nama projek Super Mega Seri Tujuh yang melibatkan tanah 144 ribu ekar.
  • Umno riuh rendah untuk mempolitikkan isu cek ini, biasalah parti yang sudah habis gas. Samalah seperti dakwaan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican tanpa usul periksa mendakwa wang sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas hasil dari duit judi.
  • Ahli Pas dan penyokong Pas jangan resah menghadapi isu ini. Ini semua asam garam dalam perjuangan.
  • Orang yang tidak waras sahja boleh terima.


2 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Dulu, Kini & Selamanya, kalo dikatakan berotak tak berakal, balaci um-NO marah tapi hakikatnya itulah realiti kehidupan mereka di dalam denial syndrome

opisboi berkata...

nasib baik tak ada bank kat MARIKH, PLUTO, BULAN WHUIH mungkin tak sempat jumpa ayah PIN nak bukak akaun kat langit..