Musa yang dakwa ...KDN dah jawab.... Musa kena jelaskan bentuk campurtangan beserta bukti kalau Musa mahu terus diingati sejarah... Jika tidak ..sejarah Musa sebagai ketua Polis Negara akan terus kotor dan hina sehina hinanya....  Musa kena Jawab ni...
Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara,  Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam  urusan kepolisian.
Ketua setiausahanya, Tan Sri  Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata beberapa  karenah birokrasi mungkin memberi kesan kepada pasukan itu.
"Ada  kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh  kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan  harian polis.
"Pada masa yang sama, tugas dan khidmat  utama PDRM adalah tanggungjawab mereka sendiri dan isu campurtangan  oleh kementerian tidak wujud,” kata Mahmood dengan ringkas dan secara  tergesa-gesa pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas dari Musa  kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai ketua  polis yang baru.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan