Khamis, 2 September 2010

MUSA MENANTI....

Akhirnya Musa Hassan hilang juga kekebalan. Beliau adalah ketua polis yang dilihat paling sombong dan angkuh dengan kenyataan terbukanya. Paling terakir ialah kenyataan angkuhnya berkaitan isu budak lelaki yang mati ditembak anggotanya. Akhirnya Musa kembali ke masyarakat yang menjadi musuhnya dalam beberapa isu kononnya kerana mempertahankan anggotanya. baca

Itulah pusingan hidup manusia. Yang di bawah akan naik, dan yang di atas akan turun jua. Mustahil mereka mampu menjadi Nabi Sulaiman yang kekal ditakuti jin biarpun telah mati. Musa mungkin terlupa hakikat itu walaupun pastinya ayah beliau pernah menasihatkan sedemikian rupa...maklumle ..anak ustaz..

Kalau Rahim Nor telah menerima nasibnya...tidak mustahil Musa menunggu giliran. Kalau dibanding dengan Rahim Nor...hidup Musa lebih berliku. Jika Rahim Nor terlibat dengan konspirasi terhadap DSAI, apa kurangnya Musa... namun Musa meneruskan kerja setelah Rahim Nor menanggung akibat perbuatannya.

Kini semua sedang menanti apa tindakan dan susulan terhadap Musa dan semua tuduhan yang berjaya dielaknya semasa menjadi Ketua Polis Negara.Mungkin pakaian seragam itu mampu menutup kelemahan dan tindakannya, namun setelah baju itu dilondehkan...mampukan ia berselindung lagi???

1 ulasan:

JBS berkata...

Suatu masa dahulu, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor minta kita doakan supaya Tun Mahathir dipanjangkan umurnya, supaya dia dapat melihat apakah kesan dari dasar-dasar pemerintahan Tun terhadap negara ini hingga ke hari ini. Kita juga mohon Allah panjangkan usia KPN tersebut supaya dia akan dapat melihat sendiri kesan dari perbuatannya sehingga ke akhir hayatnya kelak. Insyallah..