Selasa, 7 September 2010

TAHNIAH KHAIRY..PILIHAN ANDA.....

Tahniah Ketua pemuda umNO...jangan putus asa jika cadangan kamu tidak dilaksanakan. Cadangan yang dilihat baik untuk rakyat...malah sememangnya baik untuk umNO jika dilaksanakan. Namun kekecewaan awal yang didedahkan Khairy dalam wawancara dengan Malaysiakini tentu kerana sudah ada isyarat awal menolaknya....

Kerja Khairy sebagai Ketua Pemuda umNO tentunya dibuat dengan penuh kesungguhan dan berperancangan kerana sebagai kelahiran graduan Oxford dan bekas penasihat tingkat empat di zaman Pak Lah tentunya beliau mahu nama baiknya dipertahankan. Apatah lagi ia adalah tesis awal yang di beri Najib kepadanya.

Najib pernah menjelaskan bahawa Khairy tidak diberikan jawatan menteri untuk memberi ruang kepadanya menumpukan kerja orang muda walaupun ketika itu timbalan ketua dan Calon ketua yang tewas mendapat habuan dari kuota pemuda. Hari ini Khairy membuktikannya bahawa beliau bukan budak nakal dalam umNo yang bergayut di bawah ketiak mertuanya....

Sekiranya benar cadangan yang lahir dari makmal pemuda umNo itu tidak dipedulikan oleh kerajaan sewajarnya Khairy menyedari bahawa beliau tidak diperlukan di dalam umNO. Itu tidak bererti Khairy perlu meninggalkan pemuda umNo sebaliknya Khairy perlu menjadikan pemuda umNo sebagai pendesak hinga mampu menjadi kuasa yang boleh mengimbangi suara pemimpin lain di dalam umNO!

Khairy tiada pilihan kerana itu satu satunya jalan untuk beliau mendaki puncak kuasa dan kekal di dalam hiraki kepimpinan umNO dan menjadi Perdana Menteri termuda...jawatan yang pernah diimpikan suatu tika dulu... jika tidak..nama khairy akan lenyap sebagaimana nama mertuanya yang kian hilang di telan zaman...

malaysiakini....

Setelah bertungkus-lumus lebih enam bulan mengumpulkan pandangan dan menyediakan laporan, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mengakui sudah tentu beliau akan sedih sekiranya laporan Makmal Pemuda BN tidak digunapakai oleh kerajaan.

"Sudah tentu saya kecewa kalau ia (laporan kami) hanya dikais ke tepi, atau tidak dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak kementerian dan agensi berkenaan.

"Ini kerana dalam kerajaan ada ketidaksejajaran antara apa yang pucuk pimpinan mahu dan apa yang akhirnya dilaksanakan di peringkat bawah.

"Saya tidak mahu PM berkata 'ini idea bagus' tetapi menterinya pula berkara 'ini hanya idea budak-budak'," katanya ketika ditanya perasaannya sekiranya cadangan dalam makmal tersebut tidak dipakai oleh Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, menurut Khairy, makmal tersebut ditubuhkan hasil permintaan perdana menteri sendiri kepadanya.

Pada 27 Ogos lalu Najib dilaporkan berkata kerajaan bersedia untuk menimbangkan cadangan yang dikemukakan dalam laporan akhir makmal itu, antaranya berhubung desakan supaya mahasiswa dibenarkan berpolitik.

Kementerian patut laksana

Makmal Pemuda BN yang telah dicetuskanya pada Februari lalu merupakan usaha mencari titik sentuh antara kerajaan dengan golongan muda ke arah menjana dasar yang mesra golongan itu.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuk gesaan supaya kerajaan memperkenalkan dasar gaji minimum tidak kurang daripada RM1,000 sebulan bagi pekerja sepenuh masa, membina pangkalan data bagi membantu golongan muda yang di dalam fasa 'peralihan' seperti kehilangan kerja, sakit teruk atau krisis kewangan.

Dalam sektor pendidikan pula, kerajaan disaran melancarkan kempen penjenamaan semula perguruan sebagai profesion terpilih dan membenarkan lebih kebebasan dalam pilihan mata pelajaran di sekolah.

Bagi menggalakkan proses integrasi antara kaum, kerajaan disaran memberi insentif termasuk pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja pelbagai kaum dan pelepasan cukai kepada restoran yang mendapat sijil perakuan halal.

Dalam menjamin proses demokrasi diamalkan, Makmal Pemuda BN mencadangkan supaya waktu maksimum dua tahun ditetapkan bagi tahanan di bawah akta ISA.

Ketika diwawancara Malaysiakini Jumaat lalu, Khairy berkata, sudah tentu cadangan makmal itu ada yang sukar dilaksanakan ekoran kekangan belanjawan operasinya, tetapi sebahagiannya patut dilaksanakan kementerian tertentu.

Nafi berkokok di luar

"Jika tiada tindakan di pihak mereka, sudah tentu saya rasa tertipu, kerana saya diminta melakukannya," katanya yang mendakwa mendapatkan tanpa mengira parti politik masing-masing.

Sehubungan itu, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata, jika cadangannya tidak menjadi kenyataan, perkara itu lebih menjejaskan nama baiknya berbanding tidak melakukan apa-apa.

Khairy berharap jemaah menteri tententu tidak meragui hasil makmal itu seperti mendakwa beliau sebagai "berkokok di luar" kerana perkara itu memang disuarakannya dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno.

"Tetapi kalau kita terlalu obses dengan saluran, kita tak akan nampak perubahan," katanya sambil menegaskan idea yang bagus haruslah dilaksanakan segera.

Khairy - menantu bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ini kerana laporan makmal itu dirumuskan berdasarkan fakta dan statistik hasil data-data empirikal.

"Makmal pemuda BN ini sistematik. Bukan macam saya berbuka puasa dengan 40 orang muda (kemudian buat laporan), saya mahu mereka bersuara. Kamu mesti duduk dan buat kerja secara teratur," katanya.

Tiada ulasan: