Selasa, 5 Oktober 2010
IJTIMA TARBAWI...KEPERLUANKAH HARI INI?
Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi melakar sejarah parti .Jika puluhan tahun dulu Pemuda mendepani gerakan reformasi meletakkan kepimpinan ulama sebagai teraju PAS, kini teras pelapis kepimpinan ulama yang dilihat kian tandus dengan tabiah kembali diperkasakan.
Memang kena pada masanya, tarbiah yang menjadi teras dan tunjang PAS WAJIB diperkasakan kembali bagi menghadapi cabaran kemenangan yang tentunya lebih sukar dari mencipta kemenangan. Gelora yang melanda PAS beberapa ketika dulu khususnya menjelang pemilihan PAS Pusat di Shah Alam tempohari adalah petanda kian terhakisnya PAS dari tarbiah.
Memetik kata Presiden semasa perasmian Ijtima Tarbawi, "PAS mesti tampil sebagai parti yang lain dari rakan dan lawan." Kewujudan PAS adalah memenuhi tuntutan mengisi perjuangan Rasul SAW, pastinya pengisiannya juga memenuhi contoh pengisian baginda. Kekontangan tarbiah dalam hiraki kepimpinan PAS akan mewujudkan masalah dalam PAS. Kepelbagaian sisitem tarbiah yang diserap ke dalam PAS juga boleh menimbulkan masalah kepada tarbiah sendiri.
Memahami matlamat, pendekatan dan batas tolarensi yang digunapakai oleh PAS mestilah melalui tarbiah. Ia bukan pandangan akal seorang pemimpin atau seseorang yang merasakan dia adalah pemimpin. Modul tarbiah PAS telah lama dirangka, ia cukup melengkapi keperluan semasa jika dipraktikkan secara bersungguh.
Penubuhan ILHAM yang juga sebahagian sistem tarbiah melahirkan kepimpinan PAS sangat perlu diberi perhatian. Ia bukan satu bentuk larangan kelompok luar mendekati PAS, namun ia adalah kaedah mempertahankan keaslian perjuangan PAS.PAS dibina dengan keringat dan pengorbanan pejuang awal yang ikhlas. Kebanyakan mereka yang mendokong PAS dulu adalah kalangan tidak berpindidikan formal atau lebih dikenali kalangan Pak lebai.
Kini muncul kata kata bahawa PAS dulu tak bermasalah kerana tak ramai orang pandai. Bagi saya kalimah ini sesuatu yang bersikap angkuh. Sebenarnya PAS dulu bukan tiada orang pandai tetapi mereka adalah kalangan yang ikhlas . Mereka mengerti erti wala' sebagaimana orang kini melihat wala seperti virus jamaah. Seumpama komunis melihat agama sebagai cndu masyarakat.
Ijtima tarbawi diharap menjadi permulaan usaha memperkasakan tarbiah PAS. Janganlah peristiwa Hunain melanda kita setelah banyaknya tsulaqa yang mendokong islam. sebahagiannya melihat peluag jika bersama Rasulullah. mereka mengharapkan Ghanimah sebagaimana orang kini mengharapkan projek.
Beberapa kelemahan hendaklah dikenal pasti agar Ijtima tahun hadapan lebih beerti. Sememangnya kehadiran ijtima ini berbaloi dengan pengisian kalangan ulama dan pimpinan. Tahniah sekali lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan