umNO sekarang tiada isu. Maka demi PRK Galas umNo tiada pilihan melainkan mencipta isu. umNO tak pernah peduli isu itu benar atau palsu. Yang penting isu itu dapat mempengaruhi melayu? Kenapa melayu??? kerana hanya melayu yang mudah ditipu dengan isu. Sebabnya mudah...koran melayu ialah tv dan akhbar pengampu.
Calon di Galas tentunya dari PAS bagi pihak PR. umNO pula mewakili BN. Namun isu yang dibuat ialah terhadap PKR. umNO tahu kini PKR yang sedang selsema kerana pemilihan peringkat prti mereka. umNO juga tahu masih ada ahli umNO yang menyokong PR kerana simpati dengan DSAI. Bagi penyokong PR pastinya isu ini tak memberi kesan.
Nama Rahimi yang tiba tiba muncul tentunya kurang meresahkan kerana rakyat dah jemu dengan isu sebegitu. Apa yang menarik ialah perisa isu Rahimi ialah tindakan mereka yang mendakwa penyokong DSAI yang dikatakan menghalang sidang akhbar itu. Sebelum ini belum terjadi sidang akhbar bersifat pendedahan dihalang. Mungkin orang melayu mudah sekali berfikir...kalau tak betul apa takut orang nak dedahkan?...inilah kunci isu itu wujud...bukan sebenarnya pendedahan Rahimi....
Kita juga pasti menanti beberapa orang yang akan lompat dari PR. Tentunya bukan ADUN atau MP PAS. Tapi mungkin orang yang didakwa ahli PAS dan mungkin juga ADUN atau MP PKR atau DAP yang dah panas menanti jawatan dn projek yang tak dapat dapat. Alasan yang sudah diskripkan ialah...kami sudah hilang kepercayan dengan pucuk pimpinan parti...
Bagi PKR mungkin alasan kekalutan pemilihan akan dijadikan sebagai alasan.... DAP juga mungkin ada yang mengaitkan dengan isu Kula di Perak...walaupun masyarakat India bukan undi penentu di Galas... Bagi orang yang mendakwa PAS mungkin alasan PAS telah lari dari perjuangan asal...itu skrip yang sudah diketahui umum.
Kita pastinya menanti siapakah pelakon pilihan yang rela dijadikan pelacur politik murahan... siapa pula pengarahnya...pengulas dan tentu tajuknya turut memberi impak nilai lakonan tersebut.... tak salah jika kita turut menjadi pengulasnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan