Sura rasmi hullamak muda dalam persidangan umNO sah menjadi pengampu...bukan menegur kerajaan tetapi untuk menegur siapa yang menegur kerajaan atau penasihat kerajaan (kak Mah le tu). Betul le Tg NiK Aziz pernah kata dulu... ulama dalam umNo hanya akan jadi terompah kayu untuk dibawa ke dalam tandas...
Dalam banyak banyak isu yang berlaku... ulllamakkk muda umNo memilih menegur orang yang menegur bukan mungkar yang ditegur... Polis mengejar pencuri..ullamakkkk muda mengejar polis..." jangan tangkap...tanya dia kenapa dia mencuri... " hikamh sungguhhh cayalah ullamaakkk.
Alasan ullamakkk ini ialah tarik tangan dan tanya dulu... Hang nak tarik tangan Rosmah ke... mungkar yang dibuat secara terbuka macam tu pun nak sokong??? kalau buat dalam kelambu tu mungkin aku boleh tanya dulu.... tapi sebelum tanya mungkin aku tengok dulu...kalau boleh pegang pegang dulu...nak tau...panas ke sejukkkk... baru boleh comfirmkan apa yang di buat dalam kelambu...
Ni la bila ulllamakkkk berada dalam politik sekular... Bukan ulamak tak boleh berpolitik...tetapi yang salah bile bunga di simpan dalam jamban..nampak jamban yang cantik bukan bunganya...
Bacale... Jangan buat tuduhan melulu: ulama muda
KUALA LUMPUR - Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya semalam menegur tindakan parti pembangkang yang suka membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa hingga boleh mengaibkan orang.
Wakil UMNO Perlis, yang pertama kali berbahas dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 semalam, berkata, tanpa meneliti sesuatu perkara, manusia pada hari ini bebas menghukum, sedangkan orang Islam dituntut untuk menyiasat sebelum membuat sesuatu kenyataan.
“Tanpa meneliti hal-hal yang disebutkan tadi, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap seorang Islam yang membawa agama Allah SWT, mengakui melaksanakan dan mempraktikkan hukum Allah SWT?
“Jelas perbuatan seperti ini tersasar kerana Islam mendidik dan mengajar kita etika-etika dalam menasihati,” katanya semasa membahaskan usul agama dan pendidikan.
Fathul Bari berkata, tindakan beberapa pihak, terutama pembangkang yang terus mengecam isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan penganjuran Festival Fesyen Islam di Jakarta baru-baru ini.
“(Mereka patut) Teliti adakah beliau melakukan kesalahan itu secara sengaja atau tidak, mengetahui perkara itu, terpaksa atau tidak,” katanya.
Fathul Bari, anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin berkata, sekiranya pihak berkenaan ikhlas dalam menasihati, ia seharusnya dilakukan secara persendirian, bukan dengan cacian dan kejian.
Katanya, mereka seharusnya mengkaji punca berlakunya perkara itu terlebih dahulu, bukannya terus meletakkan kesalahan.
“Mengapa tidak kita menarik tangannya, bersendirian dengannya bertanya kepadanya terlebih dahulu apa yang berlaku? Adakah dia mengetahui majlis seperti ini dilangsungkan atau tiba-tiba dia terkejut dikaitkan fesyen itu dengan Islam.
“Kita sewajarnya menjadikan agama sebagai ikutan, menjadikan prinsip-prinsip dan nasihat disertai etika-etikanya untuk kita tampilkan bukan dengan kutuk dan bukan dengan keji,” katanya. - Bernam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan