Selasa, 26 Oktober 2010

GALAS.....PERMULAAN YANG PINCANG....

umNO mula nampak tempang di Galas. Hari ini baru akan dilaksanakan penamaan calon. Calon PAS nampaknya mendahului di segenap segi. Pendidikannya, penglibatan dengan masyarakat dan segalanya....

umNo menampakkan peribadi dan syaksiah pemikirannya apabila memulaka kempen suci tanpa serangan peribadi yang telah dikuatkuasakan oleh SPRM pada 2008 lalu dengan tuduhan Dr Zulkifli pernah ditangkap khalwat dengan isterinya sekarang. Oleh kerana serangan peribadi ini dari umNO, maka mereka miliki kekebalan dalam segala hal.. Peliknya Khairy Jamaludin yang dikatakan akan memantau kemepn pembangkang agar tidak melakukan serangan peribadi seakan pekak dengan apa yang dilakukan oleh partinya....

Permulaan kemepn ini menampakkan kecelaruan umNo dan kegagalan mereka untuk menawan hati rakyat melainkan dengan dua cara..... Rasuah pembangunan dan duit serta penipuan dan fitnah. Ia modal umNO sejak dulu , kini dan selamanya...selagi ada bulan matahari dan bintang...itulah umNO...

Paling nampak kecelaruan itu sebagai satu ciptaan dan bersifat tergesa gesa apabila nama yang disebutkan sebagai isteri atau pasangan khalwat itu pun tak betul... adake patut nama ibu beliau yang digunakan... Dalam isu yang membabitkan akhlak dan keperibadian seseorang, sewajarnya seseorang yang beraklhak akan bersikap waspada dan hati hati.... itu lambang kepribadian seseorang... khalwat adalah muqaddimah zina.... tuduhan zina memerlukan empat saksi yang seseorang boleh dihukum had 80 sebatan jika gagal....

umNO tak pernah tahu dan ambil tahu kerana hudud dan undang undang syariah tiada dalam kamus perjuangan mereka... tuduhan liwat pun dibawa ke mahkamah sivil sekalipun yang dituduh itu seorang muslim dan pasangan yang menjadi mangsa pun seorang muslim... ini bukti jelas tiada keyakinan terhadap islam dalam jiwa umNO.

Masihkah tok lebai...pak imam dan tok bilal meyakini Islam dalam umNO... melainkan islam itu dapat dilihat hanya melalui elaun imam... dan hanya imam yang memburu wang masih mahukan umNO....

Tiada ulasan: