Jumaat, 15 Oktober 2010

JENAYAH YANG DISEMBUNYIKAN

ISA adalah undang undang zalim. Ia tetap zalim walau kepada siapa dilaksanakan. Ia menghalang hak untk membela diri. Setiap orang dilahirkan merdeka. Menjatuhkan hukuman tanpa ruang membela diri yang secukupnya adalah satu kezaliman melampau. Negara mempunyai pelbagai peringkat mahkamah yang memberi ruang keadilan seluas luasnya kepada tertuduh.

Hukuman ISA kepada pegawai emigresen adalah sesuatu yang tidak wajar. mereka ditangkap dan dituduh. Mengapa kerajaan tidak bersedia untuk menuduh dan memberi ruang mereka membela diri di mahkamah terbuka.? Ia membahayakan negara...sewajarnya mereka didedahkan di mahkamah untuk melihat bagaimana mereka beroperasi.. Mungkin juge ada nama yang tersembunyi... Apakah cakap cakap umum bahawa ISA adalah jalan selamat menutup mulut dan menyelamatkan VIP dari dilibatkan dengan jenayah yang dilakukan.... Rupenye Malaysia masih belummerdeka dalam ertikata sebenarnya.............

KUALA LUMPUR: Tujuh pegawai imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, penglibatan mereka bukan hanya melibakatkan penyeludupan manusia melalui pintu masuk utama tetapi juga terdedah kepada pelbagai jenayah serius lain seperti aktiviti pengganas, penyeludupan senjata api, dadah danpenyuluhan (pengintipan).

"Mereka telah dipantau lama oleh polis, dan penglibatan mereka dengan ketua-ketua sindiket ini sangat berbahaya dan serius.

"Saya memandang berat kes-kes penyeludupan ini kerana melibatkan soal keselamatan di pintu masuk negara sekali gus menjejaskan nama baik negara dan turut menimbulkan ancaman kepada keselamatan di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Menteri Imigresen dan Kerakyatan Australia, Chris Bowen di pejabatnya di Bukit Aman di sini Khamis.

Beliau diminta mengulas penahanan tujuh pegawai imigresen itu dan dua warga asing mengikut ISA dalam operasi besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lepas.

Kesemua pegawai imigresen yang ditahan itu dipercayai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Hishammuddin berkata, tindakan penahanan itu mampu membongkar dan mengekang kegiatan sindiket penyeludupan warga asing.

"Saya mahu siasatan diteruskan hingga ke akar umbi kerana mahu setiap inci kegiatan sebegini dilumpuhkan.

Hishammuddin bagaimanapun mempertahankan kewibawaan majoriti pegawai imigresen yang menjalankan tugas dan tanggungjwab dengan jujur dan amanah.

Mengenai pertukaran Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman keKDN sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen, Hishammuddin berkata ia adalah prosesbiasa.

"Tidak ada kaitan dengan kes-kes melibatkan jabatan itu sejak akhir-akhir ini. Ianya hanyalah proses biasa yang melibatkan pegawai dalam mana-mana jabatan kerajaan," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: