DS Najib dikatakan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. Ucapan itu dilakukan dihadapan ahli umNO ketika perbahasan beliau. antara lain Najib dikatakan menyebut " Walau berkecai tulang dan badan, walau berkecai jasad dari nyawa, walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan.
Walaupun Najib telah lama terkenal dengan pelbagai jelmaan ucapn retorik, namun ungkapan itu sesuatu yang snagat merbahaya. Beliau adalah orang yang mencetuskan kekalutan kaum yang akhirnya mencetuskan operasi lalang suatu ketika dulu. ianya bertolak dari ucapan beliau yang mengancam perkauman.
Ucapan Najib jelas melambangkan katamakan, kesombongan dan kebimbangan luar biasa terhadap masa depan umNo. Ucapan itu juga melambangkan potensi Pakatan Rakyat yang telah bersedia mengisi kekosongan Putrajaya yang bakal ditinggalkan Barisan Nasional. Namun bersediakah Barisan Nasional meninggalkan Putrajaya dengan jutaan skandal dan salah laku yang disimpan terperap di bilik kebal SPRM atau polis? Persoalan inilah yang membimbangkan umNO dan mungkin kebimbangan inilah yang mencetuskan ucapan Najib.
Persoalannya apakah yang akan di lakukan oleh Najib? Apakah Najib bermaksud melakukan huru hara atau memegang keris menjaga pintu masuk mahligai Perdana Menteri? Ucapan ini dilihat sangat merbahaya dan tidak bersedia akur dengan demokrasi pilihanraya di Malaysia. Saya tidak pasti adakah selepas ini ada laporan polis terhadap tindak balas ucapan Najib ini??
Walaupun ucapan itu bermaksud semangat, namun istilah yang digunakan melambangkan sesuatu yang tidak sihat.... kita tunggu dan lihat...dan pastinya bersedia menghadapinya!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan