Rabu, 3 November 2010

GALAS...ANAK RANTAU PULANGLAHHHH...

Perang Galas menanti letupan akhir.. berbagai spekulasi terus bertiup. Siapa menang siapa kalah sangat memberi kesan kepada masa depan parti masing masing. Ia satu permulaan dan penanda aras untuk PRU 13.

Galas ialah kubu kuat umNO sejak beberapa musim. Parlimennya milik umNO selamanya sejak diwakili Tengku Razaleigh yang kini dipilih mengepalai jentera umNO. Umum mengakui pengaruh Tg Razaleigh sebagai anak raja dan MP yang lama sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada umNO. umNO Kelantan nampaknya sangat memahami bahawa kemenangan umNO lebih mudah jika Tg Razaleigh adalah jeneralnya sekalipun umNO pusat mencurigai peranan anak raja itu.

Namun Galas juga telah mula berwarna hijau sejak 2008 lalu. ADUN yang mewakili PAS telah menunjukkan teladan dan meninggalkan nama yang harum untuk generasi selepasnya memikul galas . Namun hakikat yang tak boleh ditolak ialah Galas kawasan pedalaman yang jauh dari sumber maklumat semasa . Ini tentunya memberi kelebihan kepada umNO dan kerajaan yang memiliki seluruh jentera penerangan pusat... sampai hadiah bank Agro yang tak de kene mengena dengan galas pun diserahkan di Galas.

Harapan PAS ialah terhadap anak rantau. Mereka berpendidikan. Mereka berpengaruh. Mereka punyai kelebihan dan kebijaksanaan membuat penilaian... namun apakah mereka melihat Galas dan PRK ini sesuatu yang penting??? TG Nik Aziz telah mengarahkan agar anak rantau Galas kembali untuk mengundi sekalipun dengan merangkak...

Demikianlah pentingnya undi anak rantau. Mungkin bagi sebahagian orang menganggap prk ini tidak merubah apa apa, namun harus diingat bahawa ia adalah lonjakan kekuatan dan motivasi dan persediaan merintis jalan ke Putrajaya.Kelantan mungkin tidak akan mengalami apa apa perubahan ...namun jalan ke Putrajaya mungkin saja bermula di Galas... kalau tidak umNO tidak akan bermatian mencurah segalanya di Galas...malah sanggup menggadaikan dan menjilat kembali ludah mereka di kaki Tg Razaleigh demi kemenangan Galas..

Kebetulan bagi penduduk di luar Kelantan khususnya Kuala Lumpur, jumaaat adalah cuti Depavali. Cuti umum yang bersambung dengan hujung minggu. Mereka cuma perlu sehari untuk manafaat seminggu di Kampung halaman... ini peluang yang jarang datang. SPR boleh sahaja memilih jumaat cuti umum untuk pilihanraya, tetapi mereka tidak lakukannya atas sebab yang hanya mereka yang tahu...

Kalau warga kota boleh mengambil cuti untuk rumah terbuka, melancong, atau bersantai di rumah, tentu sahaja mereka bersedia untuk mendengar arahan seorang Tuan Guru, Menteri besar dan seorang pemimpin yang disayangi untuk pulang mengundi. Tak perlu Tuan Guru mengarahkan mereka ambil MC atau sebarang jalan untuk cuti... demi masa depan malaysia dan harapan rakyat seluruhnya.... mereka mesti pulang..

Jangan jadikan kenaikan harga minyak 5 sen penghalang...malah jadikan ia satu isyarat protes buat umNO BN yang tak pernah pedulikan nasib rakyat... umNO mesti digulingkan!!! Pengundi di Galas adalah orang yang paling sesuai menyambut kenaikan harga minyak dan hub maksiat dengan undi protes....

buat seluruh pengundi GALAS di perantauan.. PULANGLAHHHHH UNDI ANDA DITAGIH OLEH PAS!!! UNDI ANDA MENGAJAR KESOMBONGAN umNO ... ANAK RANTAU ...PULANGLAH.....

Tiada ulasan: