Selasa, 2 November 2010

BARUA KE BIAWAK??? SIRI 2.

Lagi satu kerja baruaa... SPR nak bawak peti undi yang belum dikira ke pusat pejumlahan... susah sangat ke nak kire di situ.. sepatutnya SPR mesti memuaskan semua pihak. barulah nampak adil... PAS telah membantah..tetapi apa kata pengerusi SPR...

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata proses membawa peti undi berkenaan tidak bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981.

Menurutnya proses berkenaan adalah amalan biasa yang digunakan SPR pada mana-mana pilihan raya sebelum ini.

"Undang-undang membenarkan kita untuk membawa peti-peti undi berkenaan yang terletak jauh di pendalaman untuk dijumlahkan di satu kawasan yang diwartakan sebagai pusat penjumlahan undi berkelompok.

"Jumlah undi di kawasan berkenaan tidak ramai, jadi peti-peti undi yang ditutup dan dikawal oleh pegawai SPR serta anggota polis akan dibawa ke pusat penjumlahan undi untuk dijumlahkan di sana...kita memang tidak kira di pusat peti undi seperti peti undi kawasan lain," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ditanya berhubung rungutan PAS bahawa parti itu tidak yakin dengan proses membawa pulang peti undi menggunakan helikopter kerana tiada ejen calon dibenarkan mengiringinya, Wan Ahmad berkata: " Sebuah helikopter itu hanya dibenarkan untuk membawa empat orang iaitu seorang ketua peti undi, dua orang kerani SPR dan seorang anggota polis bagi menjaga keselamatan.

"Proses ini juga adalah amalan biasa, jadi tidak ada sebab untuk mereka pertikaikan. Bagi saya mereka hanya mencari alasan. Mereka tak perlu ragui kerana SPR tak mempunyai kepentingan bagi mana-mana pihak." sumber

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

mari kita mengadu kepada Allah S.W.T. dan memohon supaya Allah S.W.T. melaknat mereka2 yang zalim ni sepaya mereka sedar dan penyokong2 mereka sedar akan dosa mereka ... mereka ada kuasa tetapi mereka lupa Kekuasaan Allah S.W.T...

Ingatlaj janji Allah S.W.T akan mengabulkan doa2 orang2 yang teraniaya..