Khamis, 11 November 2010

JANGAN HUKUM PENGEDAR DADAH... JAWABLAH DENGAN FASEHHHHH

Umat Islam seharusnya tidak menghukum orang yang mengedar dadah sebagai perbuatan yang Haram atau jahat. Mereka juga tidak seharusnya menuduh orang yang mencuri itu jahat. Mereka juga tidak seharusnya menuduh orang yang minum arak itu haram... dan macam macam lagi tuduhan lain... kita tidak tahu NIAT mereka... mungkin itu implikasi PETUA HARUSSANI terhadap tindakan zamri Kadir... SAH HARUSANI akan jadi mufti sampai mati... sebab pasti disayangi umNO dan Zamry...

PETUA Harusani ini juga sebenarnya seiring dan senada dengan PETUA seorang orang agama TV bahawa orang perempuan boleh bekerja sebagai "pelacur" suatu ketika dulu... Selepas ini hukum dan mayarakat akan jadi caca merba ekoran kenyataan Mufti ni... Nak kata nyanyuk, pandai kire duit lagi....

Mufti sewajarnya tidak hanya melihat kepada orang yang nak dihukum... tetapi juga memikirkan implikasi masyarakat terhadap hukuman beliau. Sebagaimana persoalan yang ditimbulkan oleh YB Idham Lim...bagaimana dengan orang lain yang hadir di majlis tersebut??? Cukupkah dengan beralasan bahawa tidak tahu sudah memadai? Sedang perkara tersebut bukan perkara ganjil dalam hukum Islam. Apa pula peranan Mufti dalam menasihat Menteri Besar ini??

Beberapa kemungkinan mungkin boleh kita sangka;

1) Menteri besar tidak mengambil nasihat mufti sebelum menghadiri tersebut... Maknanya mufti hanya terompah tandas (istilah TG NIk Aziz kepada ulama suruhan ) di sisi Zamry.

2) Mufti tidak memberi nasihat ...maknanya makan gaji buta...

3) Menteri besar tidak tahu program tersebut... bodohnya menteri besar datang majlis tak tahu apa dalam majlis... mana pegawai khas beliau??? sepatutnya Menteri besar tahu apa program sebelum hadir..

4) Mufti kena tipu dengan Zamry sebagaimana Zamry tipu rakyat.... video ni.
( maknanya Zamry anggap mufti bodoh dan senang kena tipu).


Peliknya bila gambar ADUN PR pegang lilin...Mufti tak pula tanya pada ADUN PR sebagaimana mufti sanggup bersusah payah tanya Zamri sebelum buat kenyataan.. Apa maknanya??? Jelas Mufti tidak jujur dan berat sebelah dalam berhukum.... nak percaya mufti lagi???

Apa yang penting lepas ni...
-siapa yang kena tangkap mencuri...bagitau niat saya nak pegi haji atau bagi makan anak bini...
- Siapa yang kena tangkap berzina bagitau niat saya dengan isteri....
- Siapa kena tangkap jual dadah bagi tau niat saya nak ringankan beban penagih dadah yang ketagih.
- Siapa kena tangkap minum arak bagitau niat saya minum kopi kaw...

kalau pegawai penguatkuasa atau polis tanya pakai hukum siapa??? jawablah dengan fasih dan lancar...bahawa aku berhukum dengan hukum mufti Harusasani...NIATTTTTTTT...

1 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

Kecik-kecik tak ndak tumpor...biler dah tuer...mengelighukan umat.