Rabu, 10 November 2010

MUFTI PERAK.... APAKAH CUKUP MENERIMA PENGAKUAN PENCURI BAHAWA DIA TIDAK MENCURI UNTUK JATUH HUKUM??

[BH] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.

Katanya, selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

Bagaimanapun Zambry menjelaskan, beliau hanya menyempurnakan majlis berkenaan yang diatur penduduk dan menempelak Pemuda PAS Perak kerana mengambil kesempatan menggunakan agama untuk kepentingan politik, walaupun program dihadirinya begitu murni iaitu membabitkan pembinaan rumah kepada pasangan orang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari pada sidang medianya kelmarin turut menjelaskan majlis berkenaan bermula dengan doa dan diikuti tepung tawar seperti adat Melayu sejak zaman berzaman.

Aku pun tak tau nak kata apa dengan mufti yang dah selalu sakit ni... sakit tu ingatan nak mati... Nak kutuk pun aku dah tak gamak... tapi tolong le sapa sapa yang rapat dengan mufti bagi penjelasan keadaan yang sebenar..video yang dipaparkan sangat jelas... apakah mufti ni tak de talian internet..?? gambar dibawah mungkin boleh membantu untuk buat penilaian...
Zambry semasa upacara ancak di Kampung Guar Manong


Doa ni untuk kesihatan tok mufti kut...


ni gaul roti canai je...


ni plak siram pokok bunga je kuttt??

yang ni tengah tengok tiang elektrik...


yang ni ikat tali pancing kut....

1 ulasan:

PAS Parit Buntar berkata...

Salam,

mohon link blog

terima kasih

wm