Rabu, 10 November 2010

POLITIK PERAK BERGELORA KEMBALI...

1. Gelombang politik Perak sekali lagi bergelora. Gara gara tindakan Zamry Kadir yang menghadiri majlis khurafat. Zamry kemudiannya beralasan tiang yang ditepung tawar dan diikat kain kuning itu nak tumbang...lawak..lawak... Kalau dulu hanya TV 1, 2 dan 3 serta utusan dan Berita Harian..mungkin Zamry boleh menutup kerja jahatnya... Namun teknologi telah merubah keadaan itu.... Rujuk sini.

Pencacai dan pencium bontot Zamry mengeluarkan gambar ADUN PR memegang lilin semasa memperingati Teo dalam satu sidang akhbar. Tindakan itu dilakukan sebagai satu simbol padamnya keadilan di Malaysia... ia bukan upacara keagamaan seperti didakwa BN. ia hanya satu sidang akhbar yang dibuat di pejabat DAP.... Namun hanya itu modal BN bagi membuat bandingan dengan perbuatan Zamry yang jelas khurafat yang membawa syirik jika dilakukan dengan sedar dan tahu.

Mereka gagal menjawab dan membela Zamry... Mereka membawa pulak cerita kononnya ADUN PAS juga melakukan kerja syirik... Secara tidak langsung mereka menerima bahawa tindakan Zamry adalah salah dan bertentangan dengan agama..... cuma ..macam budak budak...bukan aku sorang yang jahat...dia pun jahat juga.... ha..ha..ha...

2. Ganesan .... Speaker jelmaan memberi amaran kepada ADUN PR agar menghormati sidang yang akan berlangsung 30 November. Beliau cuba menggambarkan bahawa KUDETA Perak bukan punca kekalutan dewan. Kononnya ADUN PR adalah punca banyak masalah rakyat tak dapat dibincangkan di DUN Perak.

Sidang DUN yang dilakukan BN selama ini hanyalah gimik dan lakonan semata mata... ia nya hanya bagi memenuhi agenda dan undang undang agar sidang DUN mesti dilaksanakan. Ternyata KUDETA tak berani berdepan dengan ADUN PR yang telah bersedia untuk meneruskan agenda rakyat di dewan.Mereka cuba menutup segala kelemahan mereka dengan bersandiwara dan menjadikan sidang DUN sebagai opera di depan rakyat...

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki telah memberikan secara jelas butiran tersebut...

KENYATAAN AKHBAR

SIDANG DUN PERAK : GANESAN TIDAK PERLU UGUT ADUN

Dato’ Ganesan tidak perlu mengugut Adun-adun Pakatan Rakyat (PR), ia hanya perlu menjalankan tugas yang adil sebagai pengerusi dalam sidang tersebut.

Kekecohan yang berlaku dalam sidang-sidang yang lepas disebabkan speaker tidak menjalankan tugas dengan adil, hak Adun untuk berucap dihalang, sidang pula hanya berjalan sehari sahaja, sedangkan semua Adun bersiap sedia untuk membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat, manakala soalan-soalan Adun PR ditolak tanpa alasan yang kukuh. Alat pembesar suara juga dimatikan apabila pembangkang cuba bersuara dalam dewan.

Sidang-sidang yang lepas juga berlaku ketidakadilan terhadap adun-adun PR, sebelum sidang lagi mereka diasingkan masa untuk memasuki dewan, bahkan pintu masuk dewan juga diasingkan, adun PR terpaksa melalui satu kawalan yang terlalu ketat sejak di pintu pagar masuk bangunan SUK, mereka tidak dibenarkan membawa hp, kamera bahkan laptop sedangkan semua Adun BN memasuki dewan dengan senang dan tidak diperiksa dengan ketat.

Pertelingkahan lidah sememangnya biasa dalam mana-mana sidang, speaker hanya perlu mengawal dengan adil. Ketua pembangkang hendaklah diberi peluang berucap dengan panjang sebagaimana PR memerintah dahulu di mana Ketua Pembangkang BN diberi peluang berucap lebih 1 jam tanpa sebarang gangguan.

Dato’ Ganesan perlu memberi notis yang jelas berapa hari sidang DUN kali ini, notis yang dihantar tidak menetapkan berapa sidang diadakan, manakala agenda sidang juga tidak dikepilkan.

PR menuntut sidang DUN diadakan sekurang-kurangnya empat hari atau lebih bagi memberi peluang semua Adun membahaskan Bajet 2011. Tidak sebagaimana sidang Bajet 2010, DUN hanya bersidang satu hari dan bajet di luluskan tidak sampai 1 jam setelah dibentang oleh Menteri Besar.

Dato’ Ganesan tidak boleh sewenang-wenang guna kuasa untuk menghalang ahli dewan memasuki dewan, sepatutnya setiap ahli dewan dibenarkan membawa pengiring masing-masing sebagaimana biasa, tetapi sejak BN rampas kuasa, sidang dewan dikawal begitu rupa, sejumlah anggota polis digunakan untuk mengawal luar dan dalam dewan seolah-olah Perak dalam keadaan tidak aman.

Polis tidak diperlukan bagi mengawal keselamatan, cukup dengan Pasukan Keselamatan yang ada di bangunan Perak Darul Ridzuan.

Semua media hendaklah diberi kebenaran membuat liputan dengan tempat khas yang disediakan bukannya digaleri awam, PAS masuk juga hendaklah diberi kepada mana-mana orang awam yang membuat permohonan termasuk pimpinan utama parti-parti politik.

Sidang yang sebegini penting juga hendaklah diberi liputan secara langsung melalui internet supaya semua lapisan masyarakat menyaksikankanya, dan rakyat akan menilai perjalanan sidang DUN Perak dengan adil.

Yang benar

Misbahul Munir Hj Masduki

Setiausaha Perhubungan PAS Perak

Bekas Setiausaha Politik YB Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin

Tiada ulasan: