Sabtu, 11 Disember 2010

APA MAKNANYA???

Apa erti kenyataan ini?? adakah akan ada pindaan atau satu usaha baru melambakkan pengundi hantu bagi menyelamatkan umNO? Kenyataan ini bukan saje saje dikeluarkan. Biasenye ia sebagai lapik atau permaidani sesuatu tindakan yang bakal di ambil.

Pakatan Rakyat sewajarnya bersedia dengan kenyataan Pengerusi SPR ini. Selain undi pos , umNo terpaksa mengharapkan sesuatu dari kerja jahat yang licik dan berencana dengan penglibatan pelbagai pihak. Di pahamkan semasa pilihanraya kecil Batu Sapi baru baru ini, masih ade aktiviti menggunakan pendatang tanpa izin dengan kad pengenalan palsu.

umNo nampaknya masih tidak yakin dengan kekuatan diri sendiri. Jalan paling mudah ialah dengan memanipulasikan semua keadaan bagi kemenangan dalm PRU 13. Sasaran merampas Selangor adalah keutamaan kerana Selangor adalah lubuk emas pemimpin umNO. Tanpa Selangor...umNO nazak...

Kenyatan pengerusi SPR ini juga membawa satu maksud lain bagi mengalihkan isu undi pos yang dibisingkan oleh Pakatan Rakyat...

KUALA LUMPUR: Satu kajian secara rambang yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mendapati lebih 60 peratus daripada pengundi berdaftar di negara ini tidak bermastautin mengikut alamat dalam kad pengenalan mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu telah menyebabkan apabila tiba pilihan raya semua akan balik ke kampung halaman untuk mengundi.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam SPR tetapi perlembagaan ada menyatakan pengundi mesti mengundi di tempat mana mereka menetap.

"Pada pihak SPR itu bukan masalah dan perkara itu sebenarnya terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya ketika ditemui selepas selesai rakaman rancangan Bicara Rakyat terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menjelaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pengundi tidak bermastautin ini adalah pengundi hantu.

Katanya, mereka ini sebenarnya bukanlah pengundi hantu.

"Ingin saya tegaskan pengundi hantu sebenarnya tidak wujud. Mereka adalah pengundi berdaftar yang sah dan tidak tinggal di tempat mengundi...itu saja," katanya.

Ujar beliau, jika terdapat pengundi hantu pihak SPR akan dapat mengesan kewujudan mereka kerana sistem maklumat sedia ada sentiasa di kemas kini.

Menyentuh mengenai pilihan raya Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada waktu terdekat, Abdul Aziz memberitahu, persiapan telah dilakukan dengan teliti dan sehingga kini pihaknya telah 90 peratus sedia.

"Kita cuma sedang menunggu bajet untuk menjalankan semua persiapan yang telah dilakukan," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, tempoh untuk mengadakan pilihanraya di negeri Sarawak masih panjang iaitu sehingga Julai tahun hadapan.

"Yang penting sebelum Julai kerana itu adalah tempoh akhir," katanya ringkas.

Pada rakaman itu, Abdul Aziz turut menyeru kepada semua pengundi yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi supaya berbuat demikian sebelum hujung tahun ini bagi memudahkan pihak SPR untuk memproses semua permohonan menjelang.

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!