Di saat rakyat bergelumangan dengan kenaikan harga barang yang melambung tinggi, pemimpin negara terus menerus dengan sifat berbelanja boros dalam mengurus harta negara. Bagi rakyat pel bagai alasan yang dikemukan. Pandangan sebelah pihak terus dihujjahkan agar pikiran rakyat terus dalam keadaan keliru dan haru biru.
Alasan kenaikan harga barang sebagai usaha mengelak penyeludupan adalah sandiwara terbaru pemimpin umNO sebagaimana di sebut menteri besar Kelantan tak kesampaian Datuk Awang Adek. Kononnya kerajaan rugi akibat penyeludupan barangan bersubsidi ke luar negara. |Demi menstabilkan harga, maka harga barang dinaikkan denagn pengurangan subsidi kononnya.
Persoalannya di mana dan apa peranan unit pencegah penyeludupan? Takkanlah kegagalan unit pencegah penyeludupan dan pelbagai agensi kerajaan yang menelan belanja besar di hempapkan di atas kepala rakyat?
Wajarkah kerana seekor kucing mencuri seekor ikan akibat kelalaian ibu lalu semua ahli keluarga dlarang makan ikan? atau terpaksa membeli ikan sendiri atas alasan supaya masing masing bertanggungjawab menjaga ikan dan kucing tidak lagi boleh mencuri??? sah bengongnya....
Budaya berbelanja mewah kerajaan ini mungkin juga disebabkan kebanyakan pemimpin hari ini adalah dari kalangan elitis melayu. Najib dan Hishamudin sendiri adalah anak bekas Perdana Menteri yang mungkin tidak pernah kenal erti susah dan derita rakyat. Pemimpin lain juga adalah kalangan keluarga hartawan dan jutawan yang apstinya tidak tahu apa itu erti keperitan hidup rakyat.
Atas alasan yang dicipta, maka kerajaan menghalalkan cara mengumpul duit melalui kroni masing masing tanpa memperdulikan keperitan hidup rakyat. Dr Mahathir sendiri baru baru ini menyelar sikap pemimpin dan sesetengah orang yang suka berbelanja besar seperti pembelian peralatan perang. Harus diingat kontroversi pembelian peralatan perang termasuk kapal selam sebelum ini masih belum menjernihkan wajah pemimpin di mata rakyat. Ia mungkin hanya putih berseri di mata SPRM dan Peguam negara atau mungkin juga PDRM.
Ulasan orang tua politik atau mungkin boleh dikatakan mentor BN kerana pengalaman lebih 20 tahun memimpin negara ke arah pembangunan turut boleh menjadi peringatan pemimpin umNO jua rakyat jelata. Jika ianya datanag dari Pakatan Rakyat, ia ditolak dengan alasan hujah pembangkang tanpa terlebih dahulu menghitung hujah betul atau salah...
Kali ini biarlah pemimpin dan rakyat sedikit merenung nasihat mantan Perdana Menteri itu... Orang tua jarang bersuara walaupun orang tua sorang ni memang rajin bersuara...sekurang kurangnya... berilah perhatian bila orang tua bersara..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan