Rabu, 8 Disember 2010

KHIR TOYO KAMBING KELABU ASAP.

Liat tangan lama tak menulis. Beku otak kerana lama tak menganalisis. Tambah sembab bile minyak dan gula naik..habis terencat minat nak ulas politik.... sebabnya..buatle macam mana pun... rakyat yang dungu masih menyokong umNO lagi....

Bile terpandang akhbar dua tiga hari ni dan beberapa ulasan kononnya harapan terhadap sistem undang undang mula berbenih, nyampah rasenye... semuanye gara gara Khir Toyo di bawa ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Tuduhan yang dah berlarutan dan berkulat di pejabat SPRM sejak 2007...semasa dia masih jadi Menteri Besar lagi. Sdr Lutfi yang mengangkut berguni laporan ke SPRM diperuk begitu saje...

Tah macam mana setelah tiga tahun ia dilagukan pula oleh peguam negara...Ghani entah berapa tahil... Bile ditanya mengapa lambat sangat?? jawabnya kes yang sukar dan memerlukan siasatan terperinci... Bangap dan lembab sangat le SPRM kalau terpaksa menyiasat dan menyediakan kertas siasatan bertahun lamanya...

Kalau kes macam tu bertahun lamanya ,agaknya kes lain macam mana plak??? Jawapan yang menambahkan menyampah rakyat yang celik akal dan menambahkan senarai pembohongan kebohongan dan perangai memperbodohkan rakyat oleh Ghani entah berapa tahil ni.

Kalau kita perhatikan... kes ini adalah susulan beberapa perkembangan semasa politik tanahair... terutama usaha kerajaan mengalihkan isu kenaikan harga barang dan hampirnya pilihanraya. Masih kah kita ingat kes Perwaja steel dan kononnya 18 profil tinggi yang bersedia di bawa ke mahkamah dulu..ia muncul di ambang pilihanraya kononnya ketelusan kerajaan menangani rasuah... namun selepas itu habuk pun tarak....

Eric Chia yang disorong dengan kerusi roda menjadi kambing kelabu asap sebelum diputihkan semula selepas beberapa lama perbicaraan. Ia kembali putih seputih salji. Nama lain jangankan di bawa ke mahkamah.... huruf nak eja namanya pun entah ke mana....

Hari ini Khir Toyo plak menjadi kambing kelabu asap itu. Dengan penuh yakin Khir menyatakan bahawa beliau akan dibersihkan oleh mahkamah. Harus diingat, Khir adalah ubat tarikh luput dalam umNO selangor. Tokoh muda jelmaan Anwar, Ezam jauh lebih menonjol disamping Menteri garang Noh Omar.

Kita akan saksikan satu lagi drama yang akan diperpanjangkan dan dihebohkan bagi melekakan rakyet dengan tekanan hidup dan pelbagai skandal serta perhatian lain yang sewajarnya dilihat.

Tiada ulasan: