Khamis, 23 Disember 2010

MAT JENIN bEE eND DAN PR

Macm orang yang tersepak batu, jatuh tersembam...lepas tu kata batu tu tak wujud...cuma angan angan...macam tu Najib dan Mahyudin memberi komen berkaitan janji 100 hari Paktan Rakyat yang diputuskan oleh Konvensyen di Pulau Pinang baru baru ini.

Komen senada yang diberikan oleh kedua pemimpin umNO tu...tak berpijak dengan realiti...macam angan angan Mat Jenin le kononnya... Cerita Mat Jenin ni macam dah terlalu popular dengan masyarakat melayu...sayangnya ia dilihat dari sudut negatif kerana ending cerita tu Mat Jenin jatuh pokok....

Di sudut positif Mat Jenin seorang perancang yang baik.... Dia dapat melihat potensinya setelah menilai peluang yang datang... Cuma Mat Jenin lepas tangan...itu yang sebabkan dia jatuh... umNO mungkin melihat apa yang dirancang oleh Pakatan Rakyat seumpama itu...ini kerana semua tali penyelamat dari jatuh umNO dah bagi kepada kroni dia...

Pakatan Rakyat telah menggunakan tali yang banyak dan kukuh untuk mengikat tubuh di pokok agar tak jatuh...malah mungkin dengan tali itu... Mat Jenin boleh menari kat atas pokok... Mat Jenin umNO dah campak tali yang ada untuk bagi kat kawan kawan dia.... ini perangai umNO... semua keuntungan itu dah di bahagi kepada keluarga dankawan kawan...maka rakyat pulak yang kena tanggung semuanya....

Apa yang ditakut sangan PM dan TPM pasal janji PR ni...?? Cuba kita nilai secara jujur tanpa menjadikan media rasmi seperti Utusan dan berita TV sebagai rujukan....

  1. Mengheret perasuah negara ke muka pengadilan dan membersihkan negara dari amalan rasuah
  2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  3. Menstrukturkan pinjaman PTPTN untuk memudahkan palajar melanjutkan pengajian
  4. Memperkenalkan akta kebebasan maklumat - melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah, dan media
  5. Mengutamakan kebajikan warga emas dengan menaikkan kadar bantuan yang lebih melegakan
  6. Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara
  7. Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00
  8. Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
  9. Merperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan
  10. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas

Perkara satu dan dua tu dilihat macam tali gantung untuk pemimpin umNO. Selama ini taliah hayat itu diberi kepada kuasa Menteri. Banyak kes belum selesai dan terpendam dalam bilik atas arahan "orang atas" ..ataupun tak cukup maklumat..istilah biasa yang digunakan .

Perkara empat dan enam adalah pemutus doktrin umNO menguasai rakyat melalui penyebaran maklumat. Kaedah ini digunakan untuk menghalang maklumat sampai secara benar kepada rakyat. Fitrah manusia yang ingin kebaikan pastinya akan akur untuk berubah apabila mendapat maklumat yang betul...apatah lagi orang melayu Islam di kampung dan tanah rancangan yang kebanyakannya berhati baik dan lurus bendul.... Mereka ini ibarat simpanan tetap umNO seperti juga undi pos.

Berkaitan kebajikan , banyak hasil negara yang telah disalahgunakan untuk mengkayakan dan menyelamatkan kroni yang lemas. Penjelasan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin saja boleh memandu kita mencerahkan maklumat secara benar....

.
"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan. Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan. Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Kita lihat saje PLUS yang beratus kali ganda untungnya...Kalau kita bertolak dari Selatan ke Kuala Lumpur atau dari Utara ke Kuala Lumpur pada hari ahad atau sebaliknya pada hari Jumaat...kita akan tahu berapa kutipan PLUS sehari... itu belum kire perayaan... Perjanjian yang dibuat sangat menguntungkan PLUS... Cuba kita bertanya berapa sehari kutipan PLUS untuk hariu tersebut...

Secara jujurnya , Cadangan PR sangat menguntungkan. Ia hanya mengalihkan subsidi yang selama ini dikongsi beberapa individu kepada rakyat. Kalau dah sorang dua makan banyak...memang le yang lain telan air liur je... lebih malang lagi dia suruh kita cuci pinggan dia...memang dasar umNO memerah rakyat...


Tiada ulasan: