Jumaat, 18 Mac 2011

SAPA ADA TANAH??? BAGI IRIS MAJUKAN...

Nak kata aku jenis minat bertani tu mungkin betul...tetapi setakat ni mempelam yang aku tanam tepi rumah pun tak berbuah buah.... Dari dulu aku memang rajin buat kebun... tapi tak pernah jadi.. Orang kata jenis tangan panas... nampak gayanya kalau ada tanah beribu ekar pun tak jadi buat pertanian kalau jenis macam aku...

Tapi tadi aku terbaca kisah dermawan wanita bernama Rosmah mendermakan RM 600 ribu buat persatuan ibu tunggal...aku tak heran nilai tu sebab dia ni tidur pun hotel ratus ribu satu malam... belum kire belanja dia kat Paris lagi... tapi yang menariknya.. derma itu duit watermelon...lebih menarik ianya ditanam satu syarikat....

Syarikat tu pulak tak dijelaskan berapa bahagian yang dia dapat... kalau ada syarikat yang tanam secara percuma...lepas tu hasilnya didermakan ...alangkah mulianya syarikat itu...derma pulak atas nama Datin RM ni....alangkah ikhlasnya....

Ekoran dari itu saya telah meminta syarikat Iris Corporation Berhad untuk menanam 'rock melon' di kawasan Seri Perdana. Projek ini telah dimulakan tahun lalu dan alhamdulillah kini ia membuahkan hasil dengan pendapatan pertama berjumlah RM600,000," katanya pada majlis penyampaian sumbangan itu di Seri Perdana di Putrajaya.

Rosmah berkata projek itu akan diteruskan pada masa akan datang, namun hasilnya akan disumbangkan kepada persatuan-persatuan lain.

Aku nak cadangkan supaya sapa sapa yang ada tanah terbiar...jemputlah Iris Corporation ni untuk majukan.... mungkin dia nak tolong... kalau dia tak nak...tanya dia ...kenapa Rosmah punye hang nak tolong??? ada apa apa kutttt...entahlah... bacalah...

Tiada ulasan: