Memaparkan catatan dengan label saje nyakat.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saje nyakat.... Papar semua catatan

Selasa, 3 April 2012

PEMANDU GILE...

Najib meraban lagi malam ni...tak pernah aku tengok PM yang cemas macam Najib ni... Habis keliling negara... macam orang ene sawan babi je... Di Perak je ntah berapa kali sampai orang naik nyampah...tapi bagi yang dapat kutip sampah...syok juge...

Malam ni Najib meraban pasal cita cita dan halatuju negara kononnya... nak meneruskan kejayaan konon... dulu Idris Jala kata negara boleh bankrap ... Najib kata kerajaan buat benda yang termampu... Yang bini dia buat benda merapu tak kire...

Bila PR janji nak hapus Tol Najib makin sawan... Plan dah ada... Duit bukan tak de...cuma perlu alih dari poket Kroni kepada kantung rakyat.... Lagi satu dari dalam sanggul Rosmah.... Banyak tu...sebab tu tinggi je...

Najib kata jangan tukar pemandu tengah jalan...apatah lagi pemandu tu merbahaya katanya... masalahnya sekarang rakyat tengok yang memandu tu pemandu Gila... Ikut suke dia je memandu negara...  Pemandu gila lagi merbahaya....

Isnin, 2 April 2012

BANGANG TAHAP GABAN....

dah lama tak menulis...bukan apa ...malas nak layan politik umNO yang makin kotor dan tak beradab... Kalau layan orang senget nanti kita senget juga...jadi aku lebih suka nengok aje telatah bodo tu...
Tapi aku tertarik juge nak tulis pasal blogger umNO yang meroyan tak tentu pasal...
Baru baru ni deme tulis pasal tukang pasang bendera yang kene elektrik sebagai orang PAS. Siap buat fitnah dan ketawa guling guling kutuk orang yang mati. Pasang bendera DAP la...bla..bla... siap ambik gambor yng tah dari mana.... last last dapat pengesahan itu petugas umNO.... amek kaw....

Aku bukan nak kutuk yang dah mati...deme juga termasuk doa kita selagi deme Islam...tapi ini contoh blogger upahan umNO... pantang dapat berita sensasi sikit...tak kaji terus belasah kaw kaw... akhirnya terpaksa minta maaf...

Blog  DUN Midah exco senteng akhirnya menyiarkan permohonan maaf dan men"delete"kan posting mengutuk tukang pasang bendera tu....

Kesimpulan....

01. Jangan percaya blog umNO sebab memang kaki ampu dan bodek ...asal ada masyukkkkkk.
02. Fitnah memang jadi gulai bloger umNO supaya dapat memboroikan perut...
03. sapa baca blog umNO dan percaya memang bangang tahap gaban... ha...ha...

Jumaat, 27 Januari 2012

TIGER SHOW KE...

Kadang kadang aku pening dengan orang politik yang rasa cerdik ni. Seronok sangat layan  cerita dan kisah yang tak sudah. Nampak macam cerdik tapi sesekali difikir macam langsung tak cerdik. Tak habis dengan Hasan Ali yang dah tak berhaluan tu... Kalau dah cerai bini tu sudah le...tak payah nak promosi dia lagi...kekadang nampak macam gile talak...tak pun nampak sangat macam busuk hati...  Makin di layan...makan menjadi le janda tu...dia ingat kita "gile talak kat dia.

Aku ingat orang PAS tok sah  layan la Hasan sorang tu... Dia nak buat roadshow ke??? talk show ke...hapa show ke...hatta kalau dia nak buat Tiger show pun kitak tok sah peduli... itu promosi free namanya... Tak perlu nak dedah kajian isu Hasan Ali tidak menjejaskan...semua orang tahu...kalau disebut dan dikaji, macam isu itu ada kesan...itu persepsinya...dah tak kesan...pedulikan....

  Bergaduh mulut ni nampak seronok bila ada yang menjawab... bile kite bo layan...lama lama senyap le dia... Bior nampak dia macam orang bodoh...jangan kite pulak terjerit jerit nak layan dia bertekak.. Hari ni aku tengok Malaysiakini ada tiga berita isu Hassan Ali... terpikir aku... apa pentingnya dia ni...ke ada yang masih tak puas hati...???

Pertama Khalid Samad... semua tahu permusuhan Khalid ngan Hasan... bukan rahsia...Kalau Hasan dedahkan parasit tu...nama Khalid lah akan keluar di senarai pertama... betul atau tidak bukan persoalannya...itu bergantung kepada hujah Hasan Ali ...Terima atau tidak bergantung kepada penilaian kita... Kalau Khalid nak dilihat baik dan tak berdendam...tak payah layan la...melainkan Khalid masih mengintai orang yang didakwa sokong Hasan Ali di dalam PAS agar terseret keluar bersama Hasan Ali...Hanya Khalid yang tau..

Tak cukup dengan itu... Muslimat pun minat juga dengan Hasan Ali. Wan hasrina ni macam tertinggal bas...orang dah malas nak cakap pasal Hasan Ali yang tarak untung... dia pulak kaitkan Hasan Ali dengan kelab taat suami... Dr Rani lebih profesional...ulas kelab taat, kelab taat la...ni boleh kaitkan pulak dengan Hasan Ali... Tak pasal nama Hasan Ali popular lagi...tak cukup dengan promosi TV3 dan alat media umNO lain... tolong promosi lagi..

Aku sebenornya dah nyampah dengan isu Hasan Ali ni... tak pasal pasal kita habis masa nak urus  dia.. Tapi nampaknya ada lagi dalam PAS ni " masih sayang" dengan Hasan Ali... mungkin sayang tu duduk dalam "rindu dendam" kut... Aku lebih seronok dengan pandangan jauh Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim... inile jiwa besar... ...  Lupakan Hasan Ali..... kita letakkan  aje Hasan Ali sebagai bakul buruk yang tak ada nilai berita dan ulasan lagi... 

Azmin??? bo layan la...mamat nni pun suka nyibuk... banyak kerje lain boleh dibuat...

Tumpukan PRU 13.... jangan layan kemuncup...


Ahad, 22 Januari 2012

LOMPAT DI KANDANG LEMBU...

Rupanya isu lembu tak habis lagi. Kali ni suku sakat menatang pulak bercakap. Walaupun dari spesis yang berlainan, Namun mungkin atas nama persahabatan menatang, maka sang katak pun menolonglah sukusakat lembunya.Namun apalah sangat yang boleh diberi oleh seekor katak untuk menolong sekawan lembu? sekadar nak tolak lidi pun belum tentu boleh lagi.


Brahim Ali nampaknya rasa tertinggal bile orang semua cakap pasal lembu, dia pun teringin nak cakap juge... malangnya tahap pemikiran katak berbaju melayu tak lebih dari tahap seekor lembu. Katak berbaju melayu cuba mengheret lembu berkebaya melayu.


Kerana terlebih melayu maka katak mengheret lembu berkebaya melayu untuk merlindung di bawah tempurung perkaumannya. Cuba baca apa kata katak melayu ni... Nampaknya dia cuba mengheret isu penyelewengan dana negara menjadi isu perkauman sempit dibawah tempurung kelapa basinya. Penjual maklumat itu adalah cina... penjual lembu adalah melayu...


Bagi yang berakal dan melihat dari keadilan islam, bukan soal cina atau melayu, tetapi soal penyelewengan. Bukan soal jual lembu atau jual maklumat...tapi penyelewengan...Ussaha katak untuk menolong suku sakat lembu dari terpalit dengan tahi lembu yang bersepah nampaknya semakin menyusahkan. katak lupa bahawa isu bermula bukan dari maklumat yang diberi tetapi laporan Audit negara.


Inilah cara bodoh katak melompat. Bila dah tak dipeduli orang dia cuba melompat di gelanggang yang salah. masuk kandang lembu... akhirnya habis badan katak bernajis....

Selasa, 17 Januari 2012

HARAKAHDAILY LEMBAB KE....

Saya tercari cari siapa pengganti Hassan Ali. Jawatan exco itu sangat penting untuk PAS mempertahankan prinsip Islam yang diperjuangkannya. Ia adalah parti Islam dan portfolio di Selangor juga berkaitan pentadbiran Islam.  Hasan Ali dilihat berjaya dalam memperkukuhkan dasar Islam yang diperjuangkan PAS dalam kerajaan Selangor... malangnya beliau terlalu terlajak hingga lupa bahawa ia adalah calon diwakilkan oleh PAS membawa dasar dan aspirasi PAS. Beliau seakan terlupa hakikat itu.

Sebagaimana diumumkan oleh Mustapha Ali bahawa ia akan diketahui pada hari rabu. Sehingga saat ini saya mencari di dalam Harakah Daily lidah rasmi PAS malangnya tak ditemui siapa pengganti Hasan Ali. Tup tup keluar di malaysiakini , pengganti hasan Ali ialah Dr Rani. Penulisnya ialah Jumadie...

Saya tahu Jumadi memang wartawan Malaysiakini yang advence mendapatkan maklumat PAS. Tak tau le dia pakar ramal atau pak Nujum atau ada agen dia dalam pimpinan PAS. Jika apa yang ditulis Jumadi itu satu telahan, memang semua orang menelah bahawa Dr Rani orang paling utama untuk calon tersebut. Namun jika secara pasti jumadi mendapat maklumat, sekali lagi PAS perlu buat pembersihan. Walau apa pun Jumadi perlu menghormati pimpinan PAS yang merahsiakan nama tersebut. Secara pasti Mustapha Ali menyatakan biarlah ia diumumkan oleh MB Selangor.

Nampaknya Jumadi agak terkehadapan untuk menunjukkan serba tau...atau pun Harakah daily yang lembab??? entahlah...ia bukan perkara besar untuk di bincangkan...namun jika Jumadi mendapat maklumat pimpinan utama PAS...ia SANGAT BESAR UNTUK MASA DEPAN PAS!!!



Rabu, 21 Disember 2011

AJENYE BEBUDAK...

Aku heran betul la orang umNO ni ...sikit sikit nak sumpah...sikit nak sumpah... Macam bebudak. Waktu aku kecik dulu memang suka main sumpah.... bukan apa...saje nak bagi orang percaya...walau pun kadang kadang memang temberang. Orang yang betul dia pakai bukti...jadi tak pakai sumpah!

Aku ingat kisah Tanggang...jadi batu kene sumpah dengan ibu sendiri...itu mitos melayu.. Aku juga selalu dengan macam macam cerita pasal Sang Kelembai yang kononnya rajin sumpah orang jadi macam-macam... maka banyakle yang disumpah sang kelembai kerana marah dan sebagainya.

Bile aku besar dan masuk sekolah, cerita sumpah ni tetap popular sehinggalah aku belajar agama... Rupenye memang cerita sumpah ni ada asas dalam agama. Nak bersumpah mesti dengan nama Allah dan bukan selainnya. Jika sumpah dengan nama Allah tak syirik...jika selain Allah boleh syirik... Tapi orang melayu lebih suka sumpah dengan Quran....

Dalam Islam, kalau langgar sumpah kena kaffarah...berat juge tu... tapi bagi orang melayu siapa yang langgar sumpah akan dapat padah. Buncit perut...agaknya sebab tu la ramai orang melayu yang buncit kut...sebab kene sumpah... tapi macaam mana pulak orang Pakistan pun buncit juga????

Ramai orang melayu di ajak bersumpah dengan junjung Quran. Tapi tak di ajak buka Quran. Bile buka Quran aku jumpa pasal sumpah dalam surah Munafiqun ayat 2. maksudnya : 


Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang Telah mereka kerjakan.


Orang Munafiq memang suka bersumpah sebab mereka ingin orang percaya kepada mereka, namun mereka tiada bukti. sebab itu mereka terpaksa bersumpah sekalipun dengan nama Allah untuk meyakinkan orang beriman. Jadi aku tak heran bile orang melayu sekarang ramai yang nak main sumpah. sikit sikit nak sumpah... mengalahkan sesumpah...

Bile Tun Mahathir pun ajak bersumpah juge...aku pun jadi tergelak...macam mana Tun yang tak percaya air jampi Haron Din dulu boleh percaya pulak kat sumpah...memang dasar sesumpahhhhh..

Ahad, 29 Mei 2011

AJIB TERTIPU.....

Aku teringat satu ceramah Almarhum Datuk Fadzil Noor dulu.... Seorang penipu bercerita kepada penduduk kampung bahawa raja akan datang solat di masjid kampung. Raja akan bagi duit bagi sesiapa yang datang pada hari itu....

Esoknya ketika melalui masjid si penipu melihat ramai orang berkumpul di masjid... dia pun menyangka bahawa memang betul raja akan bagi duit...sebab itu ramai yang datang masjid... Si penipu pun menuju ke masjid dan menunggu bersama orang lain...sayangnya mereka semua tertipu dengan cerita si penipu...lebih malang sekali...si penipu tertipu dengan cerita tipunya sendiri....

Dikhabarkan sejuta belia berhimpun di Putrajaya... Najib meyakini mereka berhimpun untuk mempertahankan BN... lalu bermadahlah Najib.... belia akan mempertahankan Putrajaya dari dirampas...."""

Betul ke kononnya sejuta yang datang itu untuk mempertahankan kerajaan yang ada??? adakah Najib tertipu dengan Sabri Chik atau Najib sengaja berceritaa untuk menipu....??? Belia yanga datang itu dengan berbagai tujuan. Budak sekola beruniform dikerahkan untuk berkhemah di Putrajaya yang takdak hutan... badan lain dikerah untuk meramaikan majlis...

Sebab itu sewaktu Najib berbicara penuh semangan...hanya pencacai yang berdiri di belakangnya menjadi pelawak bertepuk tangaan dan menjawab seruan Najib... Belia lain sibuk dengan urusan masing masaing...

Nampaknya Najib sedang tertipu dengan cerita tipunya sendiri....

Isnin, 2 Mei 2011

ISTERI TAK BAGI MASUK RUMAH

Najib kata DAP pergunakan PAS..... Dasar PAS tak sama dengan DAP....PAS kena keluar Pakatan Rakyat... itu keluhan seorang suami yang sedang bergaduh dengan bini sendiri... suruh orang lain plak bercerai..

Apakah Najib sedar selama ini bahawa umNO... MCA...Gerakan.... Mic dan sekutu lain tak pernah sehaluan.... umNO selamanya menyeru melayu.... MCA dan Gerakan tak berhenti menyeru berjuang nasib cina... MIC pulak bela India.... takkan Najib tak perasan....

Itu belum kire dengan Sarawak lagi.. umNO sampai sekarang tak bleh masuk Sarawak.. Ini bukan kes tak sehaluan lagi.... Patut ke isteri tak bagi suami masuk rumah??? Hanya bile suami datang bawa harta dan projek baru dia bagi masuk....

PAS, DAP dan PKR walaupun berbeza dasar perjuangan tapi tetap bersama... macam suami isteri yang berlainan cita rasa je... suami nak sup ..isteri plak nak tomyam.. tapi sama sama pergi kedai siam..ha..ha...

Suami nak anak 10, isteri nak anak lima.... tetap nak anak yang sama... melayu, cina ..india...tak kire bangsa... boleh duduk sekali.... sama sama nak hak dan keadilan...

umNO pernah cuba nak masuk Sarawak.. tapi kene halau dengan Taib Mahmud.... ingat lagi pengumuman PRN Sarawak....? belum Najib umum Ketua Menteri... Taib Mahmud dah angkat sumpah... ini bukti BN yang patut fikirkan balik gabungan merekaa....

Apa makna jadi suami kalau isteri tak bagi masuk rumah... bilik...?? jangan harap.... atau Najib memang dah biasa begitu.??? hanya Rosmah yang tahu

PRINSIP. politik pelacur...

sejak bile pulak Muhyidin mengakui PAS ada prinsip perjuangan ni??? Dia baru tau ke PAS ada prinsip perjuangan.... Dah selama ini seolah dia mengiktiraf PAS ada dan teguh dengan prinsip perjuangan....cuma menurut muhyidin.... sekarang PAS gadaikan prinsip perjuangan untuk menang...

Muhyidin jugak kata umNO tidak pernah gadai prinsip perjuangan untuk menang... Soalnya apa prinsip perjuangan umNO???? Islam...?? Hampeh!!!! Melayu.... Punah Ranah...!

Yang aku tahu umNO adalah parti Pragmatis..... Boleh berubah sepanjang waktu....pendek kata macam sesumpah le....

Contoh paling mudah dan dekat...dalam PRN Sarawak.... sebab nak tawan hati Kristian.... umNO sanggup lepaskan injil melayu.... siap bagi peruntukan gereja....

Di Tenang umNO yang ada prinsip boleh diamkan diri bile pelakon Seks soi lek marah cikgu Mala pasal tak mau salam...

Melayu...??? berapa banyak hak Melayu dah umNO gadai... tanah rezab melayu dah umNO jual... ini bukan rahsia umum lagi.... cuma orang bute ...pekak.. dan tuli yang masih buat tak tau... Sapa tak tau.... masa umNO kuasai keusi di Pulau Pinang...jawatan ketua Menteri bagi kepada Gerakan... orang melayu tak tau ke??? atau anggap soo koon tu melayu sebab dalam BN??

Bile DAP dapat Pulau Pinang... Tetiba je umNO melompat nak jaga melayu.... Pirahhhh mabuk..

bukan setakat harta dan kuasa melayu hilang...harta negara macam batu putih pun umNo tak boleh pertahan...

Sejak bile umNo pandai cakap pasai prinsip ni??? kerajaan di Perak pun main rompak...!! berprinsip ke tu???

Yang ni pulak lagu sembab umNO.... sejak dulu berita PAS keluar umNO memang membolehkan PAS tutup kedai sebab ramai sangat...

Politik umNO dah macam politik pelacur...tak tau adab sopan... Rasuah musim pilihanraya dah jadi amalan halal dan dihalalkan pulak oleh SPR.

Cuma aku nak tau.... Muhyidin ni reti ke pasal prinsip???

hidung tak mancung...

Najib ajak PAS masuk umNO...palng tak pun tinggalkan DAP. MCA plak kata PAS kene gugurkan dulu negara Islam... Apa punya drama ni??? Yang kalut umNO??? yang berselut MCA... Yang mengarut PERKASA... alih alih cerita pasal PAS..

Inilah tanda orang mabuk yang dah hilang akal... mungkin nyanyuk dah kut...

Presiden MCA tu sebelum ni mengugut masyarakat Cina bahawa MCA akan menolak sebarang jawatan jika gagal membaiki prestasi dalam PRU 13. Mungkin masyarakat cina lebih bergembira kerana pemimpin korup seperti Soi Lek tidak berada dalam kalangan yang berkuasa..

Mungkin Soi Lek dah kene perasan orang Cina macam melayu umNO yang boleh diugut.. Apa kata Orang Cina buat memorandum desak puak MCA tu letak jawatan sekarang... baru brutal... kite tengok... Soi Lek nak letak jawatan ke tak.... Ha... ha..... selama ni MCA berebut rebut jawatan... takkan nak tolak plak....

Kalau Soi Lek tolak ...bukan setakat orang Cina cabut lari... malah pemimpin MCA yang selama ni bergayut dengan jawatan pun akan angkat kaki sekali... tak caya ??? letak dan tolak jawatan sekarang....

Najib ada berani rombak kabinet dan singkirkan MCA???

Jumaat, 29 April 2011

SERBA TAK TAU....

Tengah kecoh pasal video seks...tiba tiba meletup pasal prjek nadir d Perak... DAP meletupkan isu ni atas alasan keselamatan rakyat khususnya di bukit Merah... Maklumat di dedahkan DAP agak memeranjatkan MB Perak Zamry Kadir...

Zamry melompat dan menyalahkan PKNP kerana tak maklukan kepada kerajaan Negeri. Tak lama lepas tu PKNP pulak nafikan.. dah acam macam ada kat Perak sejak keajaan haram merintah...

Paling jelas... umno yang mendakwa kukuh sedang pening lalat.... Isu sebegini boleh melatahkan Zamri malah PKNP.

Apapun... Inilah pentingnya jika demokrasi diperkasakan... Tindakan DAP meresahkan BN sampai bermacam kenyataan dikeluarkan...

Zamri hilang kawalan... PKNP boleh terlepas dari kawalan MB... apa sebenarnya yang terjadi? apapun ...teima kasih DAP

Jumaat, 8 April 2011

TAK LULUS BM KUT

Apa punya ketua polis da....... Orang nak tau pasal sapa pelakon seks....dia sahkan video tulen.... Orang nak tau sebab kematian pegawai KDRM....ada khianat ke tak... dia sahkan mati sebab jatuh dari tempat tinggi.... satu dunia dah tau....tak lulus BM SPM kut dia ni??? baca sendiri.. ni la payahnya bila semua ikut buntut PM...semua teringgal....

Jumaat, 1 April 2011

500 DIBUNUH.... POLIS MENGESAHKAN....

Satu laporan polis telah di buat.....sekumpulan perompak telah merompak dan membunuh 500 orang.... satu cctv yang diletakkan diluar dan dalam rumah tersebut telah berjaya merakam imej 3 orang pembunuh tersebut....

Tuan rumah telah melaporkan kepada polis supaya mendedahkan pembunuh terganas ..... Laporan terpaksa dibuat kerana ada kisah dan berita dilaporkan bahawa tuan rumah itu yang membunuh ........

dan polis yang menyiasat telah mendedahkan bahawa pembunuhan itu benar berlaku di rumah tuan yang melapor.... kisah ini berlaku di negeri antah barantah....

Terjawabkah persoalan????

siapa bodoh????

Jumaat, 18 Mac 2011

SAPA ADA TANAH??? BAGI IRIS MAJUKAN...

Nak kata aku jenis minat bertani tu mungkin betul...tetapi setakat ni mempelam yang aku tanam tepi rumah pun tak berbuah buah.... Dari dulu aku memang rajin buat kebun... tapi tak pernah jadi.. Orang kata jenis tangan panas... nampak gayanya kalau ada tanah beribu ekar pun tak jadi buat pertanian kalau jenis macam aku...

Tapi tadi aku terbaca kisah dermawan wanita bernama Rosmah mendermakan RM 600 ribu buat persatuan ibu tunggal...aku tak heran nilai tu sebab dia ni tidur pun hotel ratus ribu satu malam... belum kire belanja dia kat Paris lagi... tapi yang menariknya.. derma itu duit watermelon...lebih menarik ianya ditanam satu syarikat....

Syarikat tu pulak tak dijelaskan berapa bahagian yang dia dapat... kalau ada syarikat yang tanam secara percuma...lepas tu hasilnya didermakan ...alangkah mulianya syarikat itu...derma pulak atas nama Datin RM ni....alangkah ikhlasnya....

Ekoran dari itu saya telah meminta syarikat Iris Corporation Berhad untuk menanam 'rock melon' di kawasan Seri Perdana. Projek ini telah dimulakan tahun lalu dan alhamdulillah kini ia membuahkan hasil dengan pendapatan pertama berjumlah RM600,000," katanya pada majlis penyampaian sumbangan itu di Seri Perdana di Putrajaya.

Rosmah berkata projek itu akan diteruskan pada masa akan datang, namun hasilnya akan disumbangkan kepada persatuan-persatuan lain.

Aku nak cadangkan supaya sapa sapa yang ada tanah terbiar...jemputlah Iris Corporation ni untuk majukan.... mungkin dia nak tolong... kalau dia tak nak...tanya dia ...kenapa Rosmah punye hang nak tolong??? ada apa apa kutttt...entahlah... bacalah...

Sabtu, 5 Februari 2011

ADE ORANG NAK ISTIHAR TOBAT KE???

Ha…ha.. Najib nak rasmi program imarahkan masjid…. Lawak betul lah puak ni….cari le orang yang “semiak” sikit. Aku ingat tiang masjid pun terkejut dengornye. Ni le politik umNO sampai tak kenal orang yang sesuai nak letak tempat…

Siap nak buat kejutan plak tu…. Mungkin nak isytihar Rosmah pakai tudung kut….

Kalau takde teks.. agaknye ape le najib nak cakap…. Gamaknye ni le yang nabi kate “apabile amanah di serahkan kepada bukan ahlinye…. Tunggu le saat kehancuran… Nasib masjid tu dah ade nama… kalau takde nama elok juge bubuh name najib…. Tak pun rosmah….

Ape le punye pengampu JK masjid ni.. Kalau Jamil Khir rasmi tu masuk akal gak…. Ma shit ah ke…

Apapun tahniah le… mungkin itu jalan hidayah untuk jib kut… agak agak rosmah ikut tak???... Kalau ikut, macm mana dressing dia..

Saje nyakat…

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang dijangka menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan mengimarahkan Masjid Jamek Kampung Baru sempena program Ziarah Masjid pada Sabtu. Pengerusi jawatankuasa masjid itu Datuk Idris Shaari Mat Deris berkata Najib juga bakal membuat satu "pengumuman penting" pada majlis itu.

Bercakap dalam sidang media di masjid berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Urusan Zikay Group Datuk Mohd Khay Ibrahim, Idris berkata Perdana Menteri akan merasmikan program itu selepas menunaikan solat Asar berjemaah.

Pelbagai program diatur sempena majlis itu seperti bacaan Al-Quran, tadarus, ceramah oleh juara progam realiti Imam Muda musim pertama, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, dan pengagihan kira-kira 6,000 paket bubur lambuk kepada orang ramai, katanya.

Najib juga dijadualkan menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan 40 tingkat yang mempunyai 250 bilik hotel, kondominium 130 unit dan 16 unit kedai komersil di kawasan berkenaan.

Projek itu, yang terletak di sebelah bangunan Zikay di Jalan Raja Alang, membabitkan kos pembangunan kira-kira RM190 juta. Mohd Khay berkata Zikay Group telah menerima arahan pembangunan dari DBKL bagi membolehkan kerja pembinaan dimulakan pada suku kedua tahun ini. -BERNAMA