Selasa, 31 Mei 2011

HAMPIR PRU MASIH MENGGILA...BAYANGKAN JIKA TERUS MENDAPAT MANDAT...

Kerajaan BN dilihat semakin berani dan rakus dalam memerah keringat dan hasil rakyat. Ketika Dr M dulu berhasrat menghilangkan subsidi yang diistilahkan tongkat...ramai melayu membantah... Berbetulan dengan peristiwa 1998...melayu menunjukkan kuasa...sayangnya bangsa lain setia dengan BN.

Akhir akhir ini bangsa lain mula menolak BN lantaran pengurusan rasuah dan ekonomi negara yang sangat parah, orang melayu dimainkan sentimen bangsa mereka. Muncul extremis bangsa seperti PERKASA melekakan melayu terhadap isu ekonomi yang menindas hidup mereka. Bangsa Cina terutamanya...sangat sensitif dengan isu ekonomi... bagi mereka ekonomi adalah kehidupan mereka...

Bangsa India pula berada di persimpangan setelah usaha mereka menyingkirkan Samy vellu yang dilihat duri bagi masyarakat India berjaya. umNO dan BN terpaksa membayar harga menuntut Samy berundur dengan tawaran Duta Khas... setidak tidaknya India berjaya dalam perjuangan mereka...

Melayu...??? terus disentimen kan dengan khayalan ketuanan bangsa dan agama mereka.... seakan orang melayu masih di alam mimpi di zaman Hang Tuah terhadap ketuanan melayu... Mereka lupa bahawa ketuanan melayu telah terhakis sejak penerimaan Jus Solai oleh Juak umNO ketika melutut memohon kemerdekaan...

Sejak itu sedikit demi sedikit ketuanan melayu terhakis di realiti berbanding mimpi yang terus dibuai kepada masyarakat melayu.... Berapa banyak tanah rizab melayu masih berbaki...?? berapa peatus ekonomi melata di kalangan akar umbi orang melayu...??? Orang melayu di ajak bersorak oleh umNO seperti Pak Kadok.... hingga terlondeh kain di pinggang.... masih bersorak ayam menang bersabung...hakikatnya negara telah tergadai....!!!

seperti kata sajak Allahyarham Usman Awang...
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Itu melayu pada persepsi tokoh sasterawan negara...

Kini umNO BN tak peduli lagi .... kenaikan harga barang menggila...bukan lagi isu subsidi...atau biasiswa yang anak melayu dah tak reti maksud biasiswa selain pinjaman PTPTN yang diburu macam penjenayah perang.... tak bayar hutang... umNO BN boleh membodohkan rakyat khususnya melayu dengan idea yang bertaraf budak tadika...

Bayangkan bagaimana pemimpin umNO membodohkan rakyat khususnya bangsa melayu dengan hujah bodoh membodohkan bangsa melayu dan rakyat malaysia... ketika minyak naik ... rakyat dinasihat berkongsi kereta ...lepas tu suruh banyak kayuh basikal... supaya sihat... kononnya untuk elak minyak diseludup....

Bila gula naiak disuruh kurangkan gula untuk elak kencing manis.... beras naik suruh makan kentang...dan macam macam lagi... bile elektrik naik...yang dicanangkan oleh media beberapa juta yang kononnya tak terlibat kerana menggunakan di bawah 300kw... berapa rumah yang orang masih pakai seterika arang??? rebus air pakai kayu api??? membasuh dengan berus sabut???

Jika umat melayu tidak sedar lagi permainan BN dan pemimpin umNO membodohkan melayu...mereka akan terus menggila memerah kita... Bangsa cina dan India mungkin tak dapat dibodohkan.... Cuma India sedikit terkesan dengan interlok...

Apa yang ingin dibangkitkan ialah kegilaan dan keberanian umNO menindas rakyat sekalipun mereka sedar bahawa PRU 13 semakin hampir... tak cukup dengan itu...Guru guru dibodohkan dengan janji gembira yang menyakitkan hati mereka...rakan rakan guru memaklumkan ramai guru semakin marah kerana menteri mereka sanggup membodohkan mereka... harap harap guru tak hangat hangat taik ayam....

Jika dalam keadaan PRU hampir menjelang, kerajaan sanggup menindas rakyat sebegini... bayangkan jika mereka sekali lagi diberi mandat memerintah Malaysia??? sewajarnya kita bimbang dengan fenomena yang berlaku... hanya satu jalan menyelamatkan Malaysia... jatuhkan BN....

Tiada ulasan: