Isnin, 6 Jun 2011

MUKTAMAR YANG MEMBINGUNGKAN...

Muktamar PAS telah melabuhkan tirainya dengan laporan yang sangat membingungkan. Perubahan kepimpinan dalam PAS dijadikan ukuran kononnya akan berlaku perubahan di dalam PAS dalam menentukan halatuju parti. Media pengampu menjadikan ianya satu kesawanan dalam melapor berita mereka. Siapa sahaja yang sanggup melabel dan menyerang PAS akan diangkat walaupun ulasannya setaraf budak tadika sakit gigi...

Pemilihan dalam PAS bukan perkara baru. Malah pertukaran dalam kepimpinan PAS adalah biasa. Mungkin kecemburuan berlaku kerana perubahan dalam kepimpinan PAS tidak sedikitpun mengocakkan parti malah semua pemimpin yang dipilih melafazkan ikrar mempertahankan kepimpinan ulama dalam PAS .

Perlu diberi perhatian bahawa semua yang dipilih adalah mereka yang telah lama terdidik di dalam PAS. Soal pertembungan idea bukanlah perkara baru dalam Pas malah ianya perkara biasa di dalam Islam kerana Islam sangat meraikan Idea dan pemikiran beralaskan fakta yang terhasil dari ijtihad. Kalau pertukaran kepimpinan seperti dalam PAS berlaku kepada parti lain...mungkin parti itu terpaksa gulung tikar... namun tidak bagi PAS yang di didik dengan akhlak Islam. Itu barangkali asas kecemburuan musuh khususnya umNO.

Seperti kata TG Presiden, kabinet pilihan PAS ini adalah kabinet Pilihanraya. TG Mursyidul Am pula menyifatkannya jalas yang semakin jelas ke Putrajaya... Satu mimpi ngeri bagi umNo dan sekutu Bn termasuk PERKASA yang bergayut di bawah kangkang umNO!. Matlamat PAS selepas ini adalah menumbangkan umNO dan BN.

Mat Sabu yang dipilih sebagai Timbalan Presiden bukan orang baru dalam PAS. Beliau adalah antara kepimpinan pemuda yang mencetuskan idea kepimpinan Ulama di bawah pimpinan Mustafa Ali ketika itu. Sesuatu yang amat mustahil, pendokong kepimpinan ulama yang dicetuskan dulu akan menolak kepimpinan Ulama setelah mendapat jawatan kedua tertinggi di dalam PAS.

Barisan Naib Presiden juga bukan orang baru. Salehuddin Ayub adalah antara orang yang bergelumang dengan PAS sejak dulu. Beliau muncul di zaman kecemerlangan tarbiah PAS. Beliau lahir dari warna tarbiah PAS pimpinan Tg Presiden ketika itu. kilas bahasa dan watak kepimpinan beliau semasa menjadi ketua pemuda sudah cukup meyakinkan halatuju mendokong ulama yang di bawanya.

Pendokong PAS tidak perlu gusar. Jika ada pendokong akar umbi yang sangat mencintai ulama untuk memimpin PAS, mereka tidak sepatutnya menjauhkan diri dari parti. Ulama tetap menentukan halatuju parti. Apa yang perlu mereka buat ialah melibatkan diri secara aktif di peringkat kawasan bagi memperkasakan kepimpinan ulama.

Kepimpinan utama yang dipilih di dalam muktamar telah secara terbuka menyatakan dokongan mereka kepada kepimpinan ulama. Namun di peringkan kawasan Ulama mesti tampil memimpin kawasan. Bahasa dan istilah " tawadhuk " untuk menyerahkann kepada orang lain perlu dikikis. Andai perubahan kepimpinan utama parti ini dikesali, sewajarnya kekesalan itu berlaku kerana sikap " tawadhuk " mereka meninggalkan kepimpinan di peringkat kawasan kerana kepimpinan pusat ditentukan oleh wakil kawasan.

Sekarang masanya kepimpinan baru yang disifatkan profesional menunjukkan kepintaran politik mereka memimpin parti. sekarang juga masanya ulama yang memimpin halatuju parti menunjukkan ketegasan mempertahankan prinsip dan pendirian parti. Sekarang juga masanya gandingan kalangan ulama dan kepimpinan yang diistilahkan oleh orang luar sebagai profesional berganding bahu memperkasa strategi parti tanpa melunturkan prinsip PAS dibuktikan.

Tiada istilah rumah siap pahat berbunyi. Biarlah pahat itu diketuk oleh umNO dan pencacai mereka. Sekarang bukan masa menjawab tuduhan umNO dan pencacai mereka. Sekarang masa membuktikan kebimbangan dan trauma umNO satu kenyataan menghadapi pilihanraya. Usah dilayan jelmaan umNO seakan terlalu sayang dengan Islam. usah dilayan PERKASA yang menyibuk di laluan usang.

Bagi yang ikhlas mendokong Pakatan Rakyat dan PAS khususnya, komentar yang menunjukkan sikap jahil terhadap akhlak perjuangan Islam hendaklah dihentikan. Tokoh yang memakai gelaran " penganalisa politik " tidak perlu lagi menggoyangkan perpaduan PAS. PAS sedang bersiap ke medan pilihanraya sebenar. Jangan jadi duri dalam daging. Jangan terus hasad kerana idea menukar presiden PAS langsung tidak dilayan oleh Pendokong dan ahli parti Islam terbesar dan berpengalaman ini. Dalam PAS, penoreh getah yang tidak berpendidikan lebih dihormati apabila ia ikhlas dan berprinsip daripada seorang Doktor falsafah yang "meraban: di pentas media...

Ketahuilah... pemilihan kepimpinan dalam PAS membuktikan bukan gelaran, taraf pendidikan atau jenama yang jadi ukuran. bagi profesor atau doktor yang rasa bijak untuk mencatur PAS... carilah umNO kerana di situ mungkin gelaran anda diperhatikan.... mungkin juga tidak....

Tahniah buat semua perwakilan dan kepimpinan yang menunjukkan akhlak dalam pemilihan yang kononnya paling sengit...tapi penuh kedamaian dan senda gurau yang memperkukuhkan ukhuwwah... tekad yang kini menjadikan umNO sangat resah!!!!

Muktamar PAS sangat membingungkan.... sebiji pinggan pun tak retak sekalipun laporan di media seakan meruntuhkan sebuah istana..... itulah keistimewaan sebuah perjuangan Islam...

Tiada ulasan: