Rabu, 15 Jun 2011

BUKAN GUNTING DALAM LIPATAN...

Di dalam islam .. antara perkara yang perlu di pelihara dari pengetahuan luar ialah rahsia rumahtangga.. Ia antara amanah besar yang sangat diberi perhatian oleh Islam. Walaupun mungkin rahsia itu tidak membabitkan peperangan atau peluang kepada musuh, ia mesti dipelihara.

Dalam sesebuah jamaah Islam sudah tentu ianya lebih perlu dipelihara. Di peringkat mana sekalipun pemimpin itu, wajar baginya memelihara rahsia parti. Rahsia atau kandungan mesyuarat umpamanya adalah amanah ahli mesyuarat menjaganya. Tidak boleh berlaku mesyuarat tingkap atau pintu . Apatah lagi mesyuarat kedai kopi untuk membincangkannya.

Memilih ahli mesyuarat sangat penting untuk mempastikan amanah dan rahsia parti terpelihara. Sebab itu minit mesyuarat sangat perlu dijaga. Ia bukan boleh dibuat pembalut roti canai atau nasi lemak walaupun setelah bertahun lamanya.

Ada ketikanya , ahli terdekat juga tidak wajar bertanya tentang isi kandungan perjalanan mesyuarat sesebuah jamaah. Pastinya bagi ditanya ia perlu lebih beramanah. Setiap strategi yang dibincangkan mungkin bagi kita bukan rahsia besar, tetapi harus diingat musuh boleh sahaja menjadikannya senjata.

Inilah perkara yang mesti diberi perhatian oleh PAS. Isu ketirisan keputusan pemilihan PAS baru baru ini. Pendedahan beberapa isu dan keadaan yang berlaku dalam mesyuarat PAS pusat sebelum ini wajar dilihat secara serius oleh pimpinan. Terbaru kenyataan Khalid Samad yang memang agak rajin mendedahkan perbincangan dalaman PAS di media terbuka.

Jika wajar cadangan Timbalan Presiden agar Majlis Syuro Ulama menjadi pemantau di laksanakan, saya kira isu ini adalah antara isu yang wajar di beri perhatian. Mana mana individu yang didapati suka mendedahkan maklumat dalaman parti kepada pihak luar sewajarnya dihalang berada di dalam mesyuarat untuk tempoh tertentu sebagai pengajaran. Mungkin mereka beranggapan ia bukan rahsia, namun selagi tiada arahan ianya di bincangkan di luar, ia tetap rahsia parti.

Orang yang mendedahkannya kepada ahli luar adalah pengkhianat amanah parti dan wajar diperingatkan. jangan menganggap amanah parti suatu perkara kecil. Sudah tiba masanya pimpinan parti bertegas dalam perkara ini... sekalipun mereka bukan gunting dalam lipatan, tetapi mereka tetap merbahaya kerana sikap terlalu mesra dan serba tau yang ditonjolkan kepada pihak luar.

2 ulasan:

musafirlalu berkata...

Salam... Blog saudara dihinggap Malware dari blog telokbakong. Harap ambil perhatian untuk keselamatan laman saudara.

musafirlalu berkata...

Satu teguran yang patut diambil perhatian kerana apa yang saudara katakan ada kebenarannya. Sepatutnya saudara Khalid patut diberi peringatan kerana ini bukan kali pertama perkara ini berlaku.Sepertimana yang terbaru tentang kenyataannya kepada media tentang pelantikan PJ Selangor, walau pun ada nada gurauan tetapi ia tidak patut diketahui oleh orang luar.