Politik Malaysia kian menggila. Suhunya dilihat semakin panas. Malangnya pihak berkuasa polis sekadar menjadi pemerhati jika api itu dinyalakan oleh barua umNO atau sekutu BN. Ketara tindakan kudung sebelah kaki Polis itu dalam beberapa kes mutakhir. Biarpun dalam isu himpunan, semua pihak yang ingin berkumpul di panggil namun ketara Polis terlalu berlembut dan seakan pekak dengan kenyataan rasis dan perkauman serta ancaman melampau sekutu umNO.
Paling ketara ialah ugutan Brahim katak dan tindakan mereka. Himpunan yang dibuat Pondan (Perkasa) di seluruh negara di biarkan polis. Ugutan Brahim Ali ternyata bersifat ingin melakukan kekacauan apabila menyatakan himpunan pondan (perkasa) adalah untuk menyekat peserta BERSIH. ia ternyata ingin mencetuskan kekacauan. Bukan perkara baru, malah semua kenyataan Brahim tidak singgah ditelinga Khalid yang ketagih jawatan ketua Polis negara itu. Malah Nazri yang jaga undang undang lebih awal menafsir dan mentakwil kenyataan Brahim lebih dari Brahim sendiri.
Terbaru tindakan SERANGAN pemuda umNO terhadap pejabat PKR . Menurut Saifudin, pemuda umNO yang berarak dari Shah Alam dengan bendera umNO langsung tidak disekat. Apakah ianya mendapat permit awal? Malah lebih biadab tindakan pemuda itu mengepung dan melemparkan ugutan sebagaimana di laporkan Msia Insider..
Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi ‘mat rempit’.
Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.
Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut.
“Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa,” katanya yang merujuk kepada PKR
“Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius,” kata beliau.
Lewat malam tadi, sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima Khairy.
Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.
Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.” video
Belum ada mana mana pihak mengaku melakukan ugutan terhadap Khairy malah polis juga belum mendapat maklumat. Bagaimana pemuda umNO begitu Biadab dalam kes ini? Lebih malang bagaimana polis membiarkan keadaan dan himpunan yang penuh dengan aksi melampau dan ugutan itu walaupun ianya berlaku berdekatan balai polis.keadaan hanya terkawal apabila Saifudin dan beberapa pemimpin PKR dan Selangor tiba. Pihak polis nampaknya hanya berani apabila pemimpin PKR tiba.
Bagaimana polis mengharapkan kepercayaan dan kerjasama rakyat sedangkan mereka sendiri gagal menunujukkan mereka adalah pelindung rakyat dan bukan pelindung BN? keadaan teruk sejak Khalid menjadi timbalan ketua polis Negara sangat membimbangkan. Maka sangat wajar BERSIH digerakkan untuk mempastikan SPR berlaku adil. Dengan cara ini kuasa rakyat akan diperkasakan. Malaysia bukan negara Polis yang membolehkan polis melanggar perlembagaan negara.
Ternyata himpunan BERSIH akan menjadi banyak indikator terhadap keadilan dan kebebasan yang ada di Malaysia. Semua itu perlu dibersihkan...bermula dengan himpunan BERSIH mestilah Bersih dari sebarang unsur kotor. Pihak keselamatan himpunan terpaksa bekerja keras untuk mempastikan BERSIH tetap bersih kerana terlalu banyak unsur yang akan mengotorkan BERSIH! termasuk mereka yang sepatutnya Bersih dari pengaruh BN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan