Ahad, 12 Jun 2011

NEGARA KEBAJIKAN... KONSEP SATU MALAYSIA...

Sehari dua ni heboh tentang negara kebajikan yang menjadi perjuangan PAS melalui penjenamaan yang di sebut TG Presiden semasa muktamar. Belum digariskan secara terperinci tentang negara Kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS. Ia hanya sebuah konsep.

Seperti mana konsep Satu Malaysia Najib, Negara kebajikan juga adalah sebuah konsep. Ia memerlukan perincian. Ia juga memerlukan bukti perlaksanaan. Belum sempat konsep negara kebajikan yang dianggap baru oleh sebahagian peminat politik, ulasan dan komen dilihat terlalu bersifat prejudis.

Hanya mufti Perlis dilihat terbuka dengan meminta PAS menggariskan konsep negara kebajikan yang diperjuangkannya. Bekas muftinya pula dilihat memberikan komen positif terhadap konsep yang disebut oleh TG Presiden. Mungkin kerana beliau dapat memahami erti dan lingkungan konsep negara kebajikan yang disebut itu.

umNO dilihat sangat curiga dan bimbang.... kecurigaan dan kebimbangan itu terserlah dari komen meng"Khinzir" buta yang diluahkan oleh pemimpinnya. Terbaru Najib mendakwa PAS meniru negara kebajikan umNO....sebagaimana umNO disebut meniru konsep one Israel barangkali...

Kalutnya umNo dengan kelahiran nama negara kebajikan yang disebut dalam muktamar kali ini mungkin sekalut jin yang tak dapat mencuri berita langit ketika kelahiran Rasulullah.... dikerahkan segala jin mencari puncanya.... begitulah kalutnya umNO dengan negara kebajikan PAS.
Cetusan negara kebajikan ini diangkat di muktamar PAS di kala umNO sedang menggila menaikkan harga minyak, Elektirk dan kenaikan berangkai hasil kenaikan kedua barangan asasi itu. umNO sangat cemas apabila rakyat melihat bagaimana di saat subsidi rakyat bawahan ditarik...subsidi syarikat besar seperti syarikat pembekal elaktrik dikekalkan...

Rakyat diminta berjimat sedangkan umum mengetahui syarikat besar IPP ini untung buta! Kerajaan telah berkali di desak mendedahkan butir perjanjian dengan IPP.... namun seperti biasa berbagai alasan diberikan. Rakyat berhak tahu kerana ia membabitkan kehidupan asasi mereka.

Memang betul syarikat itu bukan milik kerajaan tetapi kerajaan memberi subsidi dengan wang rakyat!! Rakyat mesti tahu perjanjian yang didakwa berat sebelah ini.!!!

Berbalik kepada isu negara kebajikan, memang benar PAS mesti menggariskan sekali lagi secara lebih terperinci untuk difahami oleh rakyat. Bagi bangsa Cina mungkin tak jadi masalah kerana mereka sangat peka dan sensitif... masalahnya orang melayu...

Mereka adalah bangsa sensitif, mudah kecewa dan beralah hingga menggadai negara... orang melayu lebih berminat melayan cerita santai dan beremosi dari filem yang memerlukan pemikiran yang kritis ketika menontonnya....

Lihat sahaja sambutan terhadap drama Indonesia yang sentiasa berulang situasinya. Orang melayulah paling ramai menontoton dan kekadang bersedia untuk menangis apabila tiba babak sedih. Perkiraan melayu kebanyakannya sentimen. Bukan melayu tak boleh berubah. 1999 membuktikan orang melayu boleh berubah...

Kini melalui negara kebajikan , jika ditekankan dengan bersungguh serta bersifat mesra pembaca... tentunya umNO akan tenggelam... inilah yang membimbangkan umNO... PAS perlu mendekati melayu dengan negara kebajikan yang bersifat mesra rakyat tanpa menuntut mereka berfikir atau membayangkannya.... ia lebih mudah...

Tiada ulasan: