sehari dua ni umNO semakin sawan. Hari ni Nazri aziz budak nakal dari Padang Rengas pulak berceloteh. Mula mula katanya Tg Hj Hadi sedang bersedia untuk menjadi Perdana Menteri. Kemudian kata pulak konsep negara Kebajikan PAS memudahkan umNO dalam PRU 13.
Kalau dah mudahkan umNO tak sepatutnya isu Perdana Menteri timbul. Nazri semacam sudah bermimpi tentang masa depan PRU 13. Bayangan PM dari pemimpin Pakatan Rakyat sudah muncul dalam kotak fikiran Nazri yang selalunya bercelaru.
Siapapun Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat bukan isu. Yang penting kezaliman BN mesti ditumbangkan dulu. Kerajaan diktator yang menindas rakyat mesti dijatuhkan dulu. Soal siapa perdana Menteri bukan perebutan dalam Pakatan Rakyat. Apa yang paling penting ialah agenda perjuangan rakyat mesti diisi di Putra Jaya.
Sama seperti agenda negara Islam atau negara kebajikan , ia bukan isu utama namun pengisian yang akan muncul ialah keadilan dari sistem Allah akan mampu dilihat. telah lama umNO gagal menjelmakan keadilan dari Islam malah pemimpin umNo telah menjadi bayangan kehodohan Islam di mata bukan Islam di Malaysia.
Muktamar PAS telah berjaya membuka dimensi baru dalam politik Malaysia. Barulah disedari bahawa selama ini umNO sangat dekat dalam memantau kemajuan PAS di persada politik negara. umNO sangat tahu bahawa adalah parti yang ampuh dan telah terbukti gagah menempuh badai politik keji dan zalim BN.
Dari tipu daya pilihanraya, diskriminasi pemerintahan, penjara malah pembunuhan ...semuanya telah dilalui oleh pemimpin dan pendokong PAS. kini masanya umNo melihat PAS bakal memetik hasil jerih perih menempuh amukan menggila umNO selama lebih 50 tahun. umNo sangat sedar dan terlalu bimbang membayangkan hari matinya. Ditambah dengan berita tindakan ke atas bekas pemimpin diktator di negara arab yang sedang menerima nasib mereka. Terbaru bekas menteri kewangan Mesir yang dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara... sangat menggerunkan umNO!!!
Ulasan dari pemimpin umNO nampaknya seakan mereka terlalu faham dengan dasar Islam yang didokong PAS selama ini. Sayangnya, mereka jahil terhadap politik dalam perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. umNo yang selamanya menentang PAS dengan agenda Islam... tiba tiba kononnya kecewa apabila istilah atau baju berjenama negara Islam PAS ditukar dengan jenama negara berkebajikan yang menjadi inti negara Islam.
umNO terkejut apabila baju negara Islam ditanggalkan oleh PAS . Mereka terlalu takut apabila PAS kini sedang bersiap menjamu rakyat dengan hidangan isi setelah kulit yang dijelmakan dengan pandangan jijik dan hodoh oleh umNo selama ini telah dibuka. Kulit itu adalah negara Islam.!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan