Tentukan laluan..kami akan patuh... itu alternatif terbaik diberikan ambiga.... Namun dilaporkan ketua Polis negara hari ini menolak cadangan tersebut dengan angkuh.. tanpa alasan yang konkrit. Kebimbangan terhadap huru hara dan keamanan rakyat adalah hujah yang sama denga hujah umNO!
Jawapan KPN menunjukkan polis gagal menjalankan tanggungjawab untuk menjaga rakyat dalam melaksanakan aktiviti yang dibenarkan undang undang. Kalau satu perhimpunan aman yang dijanjikan oleh penganjur pun polis masih gagal untuk melaksanakannya... apakah harapan kita terhadap tanggungjawab polis menjaga perlembagaan.
Seperti amaran yang disebut ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man... jangan kemarahan rakyat terhadap SPR akan turut mengaitkan polis.Cukuplah dengan beberapa kes yang telah mencalarkan wibawa polis sebelum ini dengan pembunuhan remaja dan kematian di lokap... jangan ditambah keraguan itu dengan dilihat menjadi alat BN pula.
Kenyataan Wan Omar yang merupakan timbalan SPR sudah sangat menimbulkan kemarahan PR.Mana mungkin seorang pengadil di padang dari awal telah berpesepsi buruk terhadap pelanggannya... apatah lagi dizahirkan secara terbuka... Jika ia kenyataan seorang hakim, nescaya hakim itu tidak layak untuk menghakimi kes apabila hakim dari awal telah menerima tertuduh seorang penjenayah! Ini antara asas sangat perlu mengapa SPR perlu BERSIH... atau diBERSIH kan dari unsur kuda kayu dan kaka tua ....
Kenyataan Datuk Khalid timbalan KPN juga nampak seakan senada dengan kenyataan berperasangkan dan berpersepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat dalam kebanyakan kes mengaitkan Pakatan Rakyat. Mana mungkin seseorang dapat menjalankan tugasnya dengan adil jika ia sudah ada kebencian awal.
Jika setelah Pengerusi BERSIH mencadangkan polis menunjukkan laluan selamat pun ditolak...itu beerti perlembagaan negara sudah hilang gahnya... Rukun negara yang menyebut Kedaulatan undang undang barangkali perlu di tambah... KEDAULATAN UNDANG UNDANG... SELAGI MEMIHAK KEPADA BN!.
Sudah tiba masanya rakyat menyekat suasana pincang ini berlaku sebelum virus kuasa menggila dan mengatasi perlembagaan negara itu menguasai sistem pentadbiran negara... Guraun Polis Raja Di Malaysia sewajarnya dibersihkan oleh polis... Himpunan BERSIH adalah ruang terbaik... jangan diharap polis yang baik andai Khalid Abu Bakar menjadi Ketua Polis nanti... sama seperti mengharapkan SPR baik di zaman yang andainya Wan Omar menjadi Pengerusi nya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan