Malaysia menuju darurat. Itu gambaran yang dibentangkan kepada rakyat gara gara himpunan Bersih. Entah macam mana polis pun dapat risikan kononnya jika berlaku himpunan tersebut, maka negara akan mengahadapi kucar kacir, kerosakan harta benda akan berlaku malah mungkin akan berlaku kehilangan nyawa. Itu persepsi awal bagi menghalang Bersih.
Jika himpunan berlaku mungkin tidak mustahil bayangan yang disebut oleh risikan polis itu akan berlaku tetapi mungkin ianya satu perancangan bagi mengotorkan Bersih. Pemimpin Bersih berulangkali menegaskan himpunan itu adalah aman dan telah terbukti himpunan seumpama itu memang aman.!
Semua himpunan anjuran Pakatan Rakyat tidak pernah merosakkan harta benda. Malah ia turut disertai oleh kalangan wanita muslimah bersama anak kecil mereka. Bolehkah dibayangkan orang yang ingin membuat rusuhan akan mengangkut habis anak kecil mereka bersama.? Bagi peserta himpunan Pakatan Rakyat sebelum ini khususnya PAS, mereka hadir dalam bentuk sokongan santai... bergerak dalam kumpulan besar sambil mendengar ucapan dan akhirnya singgah di kedai untuk shoping.....
Sangat pelik risikan dan gambaran sebegitu sekali di persepsikan kepada masyarakat. Ulasan dan hujjah yang di kemukakan di media seakan menunjukkan sesuatu yang dahsyat akan berlaku... padahal semuanya berjalan dengan aman dan tenang setakat ini dan akan terus tenang dan terkawal.
Pihak penganjur hanya berharap pihak polis memantau disamping membuka laluan untuk laluan dengan menutup beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini ... yang nampak nak buat kacau hanya kumpulan samseng taik katak... Brahim Ali!
Usaha menakutkan adalah langkah awal menggagalkan himpunan tersebut. Tohmahan dan fitnah dengan kaitan berbagai unsur luar yang didakwa berselindung di sebalik himpunan tersebut adalah langkah membenarkan tuduhan keganasan yang di dakwa. Dan pastinya beberapa langkah berikutnya akan dilaksanakan... dan terakhir mungkin kuasa agong atau menutup Kuala Lumpur sebagai jalan terakhir!
Penguasa zalim selalunya terlupa bahawa berdepan dengan kuasa rakyat berpantang menggunakan kekerasan. Kebangkitan rakyat adalah gelombang air yang mustahil dibendung dengan empangan... Kalau di sekat juga empangan itu pasti pecah... Tamadun kerajaan Himyar di Yaman musnah setlah pecahnya empangan Maarib dek kekuatan air....
Air hanya boleh di alih ... bukan dibendung... ia bukan kuasa pepejal...ia kuasa lunak dan lembut... sejuk dan terus mengalir...ia sumber kehidupan yang mesti terus bergerak.... demi kelangsungan kehidupan... sebab itu Islam diibaratkan seumpama iar yang menghidupkan bumi... Himpunan Bersih adalah gelombang kebangkitan rakyat.... menghidupkan demokrasi yang kian mati....
Bagi pejuang... halangan atau tribulasi adalah asam garam yang mengenakkan rasa.... ia ibarat besi yang kalau di tanam di dalam tanah akan berkarat dan hancur... namun besi itu kini sedang di bakar... di ketuk... pastinya menjadi semakin tajam dan akan menjadi senjata pemusnah buat penguasa zalim...
Kebenaran dan kuasa rakyat tak perlu memberontak...cukup ia bersatu dalam bersuara.... Tak perlu senjata api...bom dan ledakan peluru... cukup ia berpadu.... walau hanya sebuah puisi dari insan tua seperti Pak Samad.... si zalim sudah terasa luruh jantungnya....... kerana puisi yang lahir dari aspirasi kebenaran menuntut hak dan keadilan jauh lebih berkuasa dari penjara dan tirai besi penzalim durjana... bagi rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan