Isnin, 4 Julai 2011

BERSIH..JANGAN BATALKAN.... CADANGAN INI LEBIH SESUAI...

Negara agak reda apabila SPB YDP Agong bertitah agar rakyat dan kerajaan berbincang... BERSIH menyatakan sedia batal jika di titahkan Agong... Tapi aku rasa daripada batal baik fikirkan cadangan Dr Asri ni... lagi bermanafaat.... tiket dah beli.....garam dah cari... semangat plak tengah tinggi ...

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Sambil meminta sekretariat Bersih 2.0 menerima tawaran perdana menteri stadium sebagai lokasi perhimpunan, bekas mufti Perlis mengesyorkan penganjur menggantikan program 9 Julai dengan kempen Minggu Bersih supaya efektif.
“Bersih mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu Bersih dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis Bersih,” kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan haram sejak 1 Julai.
Asri (gambar) berkata kempen Minggu Bersih akan membolehkan lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan “pilihan raya yang adil”.
“Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.
“Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah,” katanya.
Ahli ademik ini menambah, “jika buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu ‘defeat the purpose’.”

Asri menambah pihak sekretariat Bersih 2.0 menerima sahaja tawaran Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan perhimpunan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut.

“Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan,” katanya.
Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul - dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.

“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda lagi.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.

Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Pagi tadi, Najib berkata pihaknya sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan.

“... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.
“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara,” katanya.

2 ulasan:

leekonu berkata...

Monday, July 4, 2011
Pas gali kubor sendiri
Oleh kerana Pasrael sedar mereka telah menjadi mangsa keterlanjuran ambigau, anuwar berahi, dan komunis maka pasrael terpaksa menempuh bara yang di reka khas oleh deeayypig dan peegayrar.

Di tambah pula apabila pihak polis menutup terus pintu rundingan atau sebarang tolak ansur kerana mereka masih berdegil memilih untuk meneruskan perhimpunan haram. Kini Pasrael mula merasa gundah bila melihat ramai pemimpin2 fuckatan di cekup, bantahan demi bantahan oleh rakyat dan golongan peniaga serta NGO2 yang bakal menjadi mangsa kerakusan peserta demo bershit nanti

Mereka terpaksa menutup kebimbangan demi memastikan penyokong2 mereka tetap bersemangat menyertai demo bershit. Mereka juga sebenarnya lebih risau kerana mereka telah melakukan satu kesalahan serius iaitu cubaan memerangi yang di pertuan agung


Posted by Kenn at 8:30 PM

ANAKSENGAT' ( Barua umNO kata nama aku Faizol) berkata...

Agong dah terima rombongan BERSIH... mampos umNO!!! cakap la apa pun... orang nampak sapa bangang!!!