Selasa, 5 Julai 2011

TEMBELANG umNO TERSERLAH

Belang dan tembelang umNO kian terserlah. Kenyataan Ambiga yang memimpin BERSIH serta pimpinan Pakatan Rakyat yang bersedia membatalkan himpunan setelah mendapat respon perbincangan dengan SPB YDP Agong nanti sangat membimbangkan umNO.

Kenyataan terbaru Mahyudin Yasin yang meminta agar himpunan itu dibatalkan sebelum pertemuan dengan Agong menunjukkan kebimbangan beliau dan umNO terhadap apa yang bakal berlaku dalam perbincangan tersebut. Pastinya kebimbangan Muhyidin ialah jika SPB YDP Agong mendengar tuntutan BERSIH yang pastinya bersesuai dengan agenda pembangunan dan keamanan negara yang di titah baginda.

Jika dinilai tuntutan BERSIH ialah untuk menjaga kestabilan dan keamanan negara kerana tuntutan itu lebih kepada membendung kemarahan rakyat sebelum ianya sampai ke kemuncaknya. pengalaman negara luar seperti mesir dan tunisia serta beberapa negara kukubesi arab sewajarnya di ambil iktibar. Ia adalah kerana kemarahan rakyat disekat sekian lama dan kemuncaknya ialah kebangkitan tanpa dibendung.

Rakyat Malaysia sedang menuju kukubesi apabila media disekat, himpunan dan ceramah terpaksa menghadapi berbagai gangguan, penipuan dalam pilihanraya serta manipulasi pemerintah selain korupsi dalam sistem pentadbiran negara. Rancangan himpunan BERSIH adalah saluran melepaskan bandungan air yang boleh memecahkan empangan pemerintah zalim bila bila masa sahaja.

Malangnya kerajaan yang tidak mahu mengambil pengajaran dari pengalaman jiran dan merasakan kuat dan sepanjang masa rakyat adalah kalangan bodoh , tolol dan bengap serta bacul, meneruskan penguasaan dengan khayalan kuasa mereka seperti zaman awal merdeka.

BERSIH adalah kaedah melepaskan air yang sedang melimpah dan bertahan melalui saluran yang betul agar empangan itu tidak pecah dan mengakibatkan bencana besar. Namun keangkuhan dan kesombongan pimpinan negara memungkinkan kehancuran seperti itu. Mujurlah ada payung yang boleh rakyat bernaung seperti SPB YDP agong. Inilah kebimbangan Mahyudin andai suara rakyat sampai ke pengetahuan SPB YDP Agong.

Kita mengharapkan pertemuan wakil BERSIH dengan Agong dapat disegerakan agar ada jalan penyelesaian menyelamatkan negara dari kegilaan dan kerakusan pemerintah yang tanpa malu dan takut kepada kebijkasanaan rakyat. Tahap korupsi dan penyalahgunaan kuasa telah mencapai tahap maksima apabila perlembagaan  ditundukkan melalui pelbagai akta yang mengekang....

Seluruh rakyat yang cintakan keadilan mengharapkan SPB YDP Agong mampu menjadi tempat pengaduan rakyat dalam memastikan ketenangan berterusan.

Tiada ulasan: