Khamis, 21 Julai 2011

KOLEKSI RAJA LAWAK TERBARU...

BERSIH telah berlalu hampir 2 minggu. belum sempat perhimpunan BERSIH berakhir, video himpunan tersebut telah tersebar merata dunia di dalam alam maya seperti youtube dan FB. Pada malam hari ratusan klip vidoe dan ribuan gambar disiarkan . Beberapa hari kemudian ia bertambah dengan ulasan dan penyelidikan.

Pihak polis pula berhempas pulas menafikan kebenaran video tersebut yang datangnya dari peserta yang mungkin langsung tiada pengetahuan meng edit video. Mereka memaparkan sekadar yang mereka miliki. Ia datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Pihak polis yang mendakwa layanan baik dan tindakan "wajar" mereka hanya mampu bercakap dengan berbagai hujah mulut.

Tuduhan tembakan ke hospital dinafikan dari menteri sampailah pegawai polis. Gambar yang disiarkan dinafikan, namun dikendurkan dengan pengakuan bahawa mungkin asap di bawa angin ke hospital. Tampilnya pengakuan dari doktor hospital tersebut menyebabkan pihak menteri mengendurkan ketegangan dengan janji siasatan akan dilakukan. Pihak polis pula mula mengakui pelbagai kemungkinan dengan tetap meletakkan kesalahan kepada peserta perhimpunan BERSIH.

Setelah hampir dua minggu... video kebaikan polis yang di war warkan setelah seminggu hujah mulut ditolak oleh rakyat mula muncul. Khabarnya video itu telah ditayangkan untuk tatapan media. Susah betul polis yang mempunyai jurugambar bertauliah yang bertebaran semasa himpunan berlangsung untuk meng edit video bagi mengambarkan kebaikan polis dan kejahatan peserta yang kononnya melakukan provokasi kepada polis.

Susah betul ke polis nak cari sudut yang mampu membuktikan kebaikan polis semasa tindakan dilaksanakan? mengapa perlu mengambil masa dua minggu? sedangkan peserta yang tiada kemahiran boleh membentangkan kepada dunia tak sampai 24 jam?

Asas ini boleh melahirkan persoalan mengapa susah betul polis nak mengemukakan kebaikan mereka .... sedangkan peserta yang dikatakan mengedit video mengambarkan kejahatan dan keganasan polis boleh muncul secepat itu? sekarang siapa yang sepatutnya berada di posisi " meng deit " video itu? Polis yang mengambil masa hampir dua minggu untuk mengeluarkan versinya atau peserta yang datang entah dari pelusuk mana ?

Kalau beginilah cara polis menangani rakyat yang sudah bijak dan celik, pastinya ia tidak membantu umNO dan BN sebaliknya akan menjadi sokong membawa rebah. Walaupun Suruhanjaya diraja berjaya membersihkan SPRM yang juga di tuduh menjadi alat umNO , namun kes demi kes yang menimpa badan yang di dakwa menyokong umNO ini masih tetap bernajis! Kalau pun ada yang mungkin boleh atau terpaksa menereima suruhanjaya tersebut, namun apakah suruhanjaya akan terpaksa sekali lagi membersihkan SPRM dalam kes Sarbini? apakah skrip sama akan diterima lagi oleh rakyat?

Sebagaimana usaha membersihkan polis dari puluhan tuduhan pembunuhan yang membabitkan kematian di lokap dan beberapa kes lain termasuk kematian adik Amirul, jawapan demi jawapan itu semakin menghilangkan keyakinan rakyat. Video "betul" itu pastinya akan menyebabkan rakyat mentertawakan terus polis . Apakah ia bakal menjadi filem pendek terbaik atau akan dimasukkan dalam koleksi raja lawak?

Kita menanti sandiwara demi sandiwara yang muncul bagi mempertahankan umNO BN yang kini lumpuh. Sandiwara itu mungkin masih boleh diterima oleh rakyat di kawasan pedalaman atau mereka yang tak ambil cakna dengan dunia. Namun kebodohan tidak selamanya boleh dijadikan alat kerana kalau orang bodoh dah mengamuk... sebab tahu ditipu... tau la akibatnya...

Tiada ulasan: