Selasa, 19 Julai 2011

BABI DI PASIR JERLUS

Usaha mengaitkan BERSIH dengan melayu telah gagal dari awal. Ambiga yg menjadi pengerusi secara langsung telah menafikan monopoli melayu dalam BERSIH. Namun usaha itu tetap berterusan apabila sms beredar di kalangan rakyat Malaysia bahawa kononnya Guan Eng mengarahkan DAP tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut dan membiarkan melayu bergaduh sesama mereka. Usaha melabelkan melayu menjadi alat Cina gagal!

Di pihak yang lain tersebar sms memburukkan Ambiga sebagai anti Islam dan menjadi peguam murtad dan penglibatan dengan IFC dan seumpamanya. PAS dan penyokongnya yang memperjuangkan Islam dituduh menyokong hindu yang anti Islam. Isu itu juga padam apabila rakyat tahu bahawa isu BERSIH adalah keadilan pilihanraya dan langsung tiada kaitan dengan agama.

Provokasi bahawa BERSIH di dalangi oleh Kristian juga tak menjadi. Malah terkubur dengan sendirinya apabila PM menemui Pope di Vatican. Keganasan yang dikaitkan dengan penemuan bom buatan sendiri dengan berbagai senjata lain juga lenyap apabila BERSIH berjalan dengan aman dan penemuan barangan tersebut tanpa pemiliknya . Ianya hanya dikaitkan dengan seorang yang didakwa berasal di Kemboja yang di tahan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Setiawan.

Gambar yang menunjukkan peserta memegang pisau sudah menjadi lawak antarabangsa dan menanti kes dirujuk di mahkamah kerana tuduhan melampau media yang di anggap SPR sebagai adil. Mutakhir himpunan itu dikaitkan dengan Yahudi sedangkan umum mengetahui Yahudi adalah penasihat kerajaan  Malaysia yang telah di akui melalui APCO.

Semua senjata Bn akhir akhir ini menjadi senjata makan tuan. Penyakit umNO BN terlalu banyak. setiap kali ada ubat yang dicadangkan bukan menjadi ubat malah menjadi racun yang mempercepatkan kematian BN. semua yang di buat serba tak menjadi. macam babi yang terjerat di dalam hutan berduri... atau terperangkap dalam pasir jerlus.... semakin bergerak duri semakin melekat. semakin tenggelam di telan bumi... Babi tiada pilihan selain mendiamkan diri... masalahnya pemburu semakin menghampiri... kalau babi tak lari babi akan mati  .

itu nasib umNO kini...

umNO tak mampu berdiri sendiri. Segala kekuatan dan jentera kerajaan sedang digunakan semaksimanya... alat ini tanpa berselindung lagi berhujjah sebagai mewakili umNO dan bukan lagi kerajaan... tapi nampaknya ia juga sokongan membawa rebah...

bukan lagi jatuh di timpa tangga... jatuh ditimpa tangga batu dalam tandas penuh taik.... dalam keadaan bogel... dan tongkat yang dah patah....

Tiada ulasan: