Isnin, 11 Julai 2011

PUTRAJAYA... DESTINASI SETERUSNYA...

Hebat himpunan BERSIH kali ini. Bermula lebih awal dan belum nampak tanda tanda ia akan berakhir. Kekejaman polis yang menyebabkan kecederaan serius dan satu kematian tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Ia mesti diperjelaskan.. Di tambah lagi dengan penjelasan dan respon bohong Polis!

Barangkali pihak polis dan PM terlupa mereka berada di zaman yang medianya bukan hanya alat keajaan yang sentiasa mengampu. Kalau dulu gambaran himpunan dan ceramah PAS yang menjangkau bilangan ribuan orang digelapkan menjadi puluhan. Namun media baru Youtube dan FB telah mencerahkan kekeliruan dan pembohongan tersebut.

Kenyataan polis bahawa tiada kekejaman, tembakan ke hospital, tiada water canon dan gas di beberapa tempat adalah pembohongan di siang hari yang tak mampu menutup kejadian sebenar. Di tambah dengan kecanggihan alat perakam yang dimiliki oleh hampir setiap peserta menyebabkan tiada sudut yang dapat disorok lagi. Ianya di papar di dunia melalui media internet.

Apakah tindakan kerajaan kini seumpama kisah raja dengan baju ajaib? Memaksa rakyat mengatakan raja memakai baju yang indah sedangkan rajanya berbogel gara gara penjahit yang gagal  menyiapkan bajunya. Kerana takut dibunuh...penjahit menyatakan baju itu ajaib... Polis yang gagal menahan gelombang kebangkitan rakyat terpaksa menyediakan laporan sebaliknya apa yang berlaku kerana takut hilang jawatan. Saya menanti respon Khalid Abu Bakar yang begitu sombong sebelum ini??? di mana beliau???

Najib dalam himpunan semalam juga seakan sedang bercakap di hadapan hadirin yang buta , pekak dan bisu. Mereka bertepuk tangan seolah tak tahu butir kata Najib atau tidak memahami bahasa Najib. Saya sangat yakin mereka yang memahami dan celik hanya akan tertawa... Tapi mungkin mereka tidak mengetahui situasi sebenar kerana yang hadir hanyalah generasi tua yang dah nak mati... hanya pandai mengusap keris dan silat pulut... mana tau tekan komputer... ha..ha..haa....

Kita menanti respon SUHAKAM terhadap laporan kekejaman polis yang sedang dilapor oleh PAS dan lainya.  Ternyata kerajaan BN sedang menuju kejatuhannya apabila mereka mengambil jalan menghalang kebangkitan rakyat. 

Sekuat kerajaan komunis China juga jatuh apabila pelajar Universiti berhimpun di Medan Tianenment sekitar awal 90 dulu. China menggunakan kekerasan dan membunuh pelajar...hasilnya China terpaksa menukar dasar mereka...

Seperti artikel sebelum ini... bahawa kebangkitan rakyat adalah umpama air yang mengalir. Memilih untuk menahannya mungkin berjaya untuk seketika. Hari ini air itu tak mampu di bendung lagi. Hanya satu jalan. Buat saluran mengalirkan sungai itu. Malangnya BN memilih berdepan dengan kekuatan rakyat.!!

Sewajarnya semua pihak menyedari... ugutan awal bukan hanya dari polis... tetapi pengganas seperti PERKASAm , PATRIOT dan terakhir omar Din yang lumpuh dengan keris berkarat tidak langsung menggerunkan rakyat. Malah mereka semakin bersemangat.! 

Sekatan awal dan tangkapan membabi buta menjadikan gelombang itu seakan tidak terkawal. Mereka mara seumpama tsunami yang entah dari mana sudut munculnya...

Mereka yang mengikuti himpunan juga mungkin rasa pelik kerana secara tiba tiba gerombolan kecil bercantum di setiap sudut bangunan di tengah hujan lebat yang mencurah. Ibarat air sungai yang semakin besar. Mujurlah himpunan itu BERSIH yang dilarang dari bertindak ganas . kekuatan polis pasti tidak mampu menghalang.,. Nasib juga berita kematian itu lambat tersebar. Jika tidak mungkin sesuatu yang buruk bakal berlaku...

Tg Presiden telah menegaskan bahawa ini adalah amaran awal. JIka tiada tindakan dari kerajaan dan SPR... rakyat akan bangkit lagi... dan saya sangat pasti kebangkitan kali ini bakal lebih besar kerana ramai yang sedang ketagih asap dan air berasid. Dan ramai juga yang menyesal kerana terlepas peluang mengikuti himpunan kali ini dengan berbagai halangan termasuk alasan takutkan isteri..........


Mungkin destinasi berikutnya ialah PUTRAJAYA...

Tiada ulasan: