Isnin, 11 Julai 2011

SENJATA MAKAN TUAN...

umNo dan Polis dah gagal untuk menghalang kemaraan rakyat berhimpun di Kuala Lumpur. Setelah segala sekatan dan ugutan termasuk ISA, mereka ternyata gagal menakutkan rakyat malah semakin berani. Inilah dikatakan semangat bagai di siram api ke minyak. Ternyata bidalan " besi jika di panaskan dan di bakar di atas api akan menjadi senjata"...


umNo nampaknya tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku. Terkini Khalid Nordin meneruskan budaya ugut kepada warga universiti . Apakah meeke terpedaya dengan laporan akhbar pengampu atau hanya itu yang mampu mereka lakukan untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Warga universiti yang terlibat bukan tidak tahu risiko yang akan menimpa mereka. Mereka jauh dari menyedari risiko yang bakal mereka hadapi...namun itu semua tidak mematahkan semangat mereka malah mereka menjadi gerombolan pembakar semangat pada perhimpunan BERSIH 2. 


Pelajar wanita yang masih berwajah keanakan dan penuh kesopanan dilihat berada di barisan depan. Malah ada di kalangan mereka tanpa bimbang mempamerkan wajah mereka tanpa berselindung lagi... Nampaknya pergantungan mereka kepada ketentuan Allah mengtasi kebimbangan mereka terhadap gerombolan rakus penguasa.

Ternyata umNo sangat bimbang dengan kebangkitan anak muda setelah berhempas pulas mereka cuba menguasai universiti. Paling menggerunkan kali ini anak muda bukan hanya dari kalangan melayu tetapi juga india dan Cina. Wajah satu Malaysia yang diilhamkan Najib rupenya menjelma di medan BERSIH dan bukan dalam himpunan Najib semalam.

Budaya ugut adalah budaya ketinggalan zaman. namun umNO yang masih berkhayal di atas kapal layar mereka merasakan ugutan itu senjata ampuh mereka. Tentunya selepas ini pihak polis yang di puji Najib akan berhempas pulas menjawab serangan hujjan dan bukti kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat. mereka tidak dapat berbohong lagi.

Biar seribu kali Najib , Hisam dan Ismail menafikan... bukti elektronik yang diimani oleh umNO dalam isu video sex datuk T kini menjadi senjata makan tuan. Tak perlu dihantar ke US untuk membuktikan ianya asli atau di edit. beratus video dan gambar menjadi saksi hidup dan ribuan saksi sedia tampil untuk membuktikan kezaliman polis yang menjadi alat umNO.

Kini senjata sedang makan tuan...

Tiada ulasan: