Sabtu, 24 September 2011

FENING LALAT

Ramai juga yang membebel dengan isu terbaru Tok Guru Nik Aziz. Ribut tak angin pun lembut, tiba tiba sebut pasal hudud. Ia kemungkinan rentetan seminar Hudud dan komentar Dr Asri. Namun kenyataan keras Tuan Guru Nik Aziz seakan menyentak lena semua pihak. Isu juga mungkin susulan kenyataan Mahathir yang menjolok sarang tebuan.

Bukan sahaja Karpal yang melatah, umno merepek malah ramai juga dalam PAS yang agak meracau tetapi tak berani bukak mulut. Nasib baik ianya datang dari TGNA, kalau dari TG Haji Hadi rasenye orang di Selangor lah paling awal melompat. Cuma setakat ini kita belum mendengar komentar dari pakar undang undang di UIA . Mungkin kerana sokongan awal DSAI agaknya.

Itulah hebatnya TGNA, selalu buat orang fening lalat....fening lalat lahhhh.... Isu hudud muncul dekat dengan PRU 13, di buat sewaktu umNO terkial kial mencari isu selepas isu komunis disimpan dalam mahkamah untuk diletupkan semula berhampiran PRU nanti. Kita menjangkakan umNO akan berpesta dengan isu itu, namun umNO seakan terjerat di tengkok terutama respon awal Chua Seks Lek yang bernada ugutan.

umNo berada di persimpangan dilemma. Penentuan kini sebelum PRU 13 adalah merebut undi melayu. Tanpa undi Malayu...jalan ke Putrajaya adalah gelap. Dalam isu ini nampaknya Brahim Ali lebih cerdik untuk berkokok. Karpal dilihat agak agresif dengan menyerang bertubi tubi hingga dilaporkan mendesak PR segera membuat keputusan . Mahathir plak agak tak berkenan dengan komen Chua Seks lek. Ia merugikan kata chet Det. Mungkin sesuai masanya mahathir yang dah tertinggal bas berlawan komen dengan karpal yang juga sudah menjadi dinasor.

Ketegasan TGNA membuka ruang mengembalikan sokongan melayu kepada PAS. Ia juga menjerat umNO yang kebelakangan ini ingin menjadi wira Islam dalam beberapa isu. Isu Hudud membongkar topeng umNO. Najib tak mampu berselindung lagi kerana ia akan memusnahkan
harapan agenda satu Malaysianya. Muhyidin pulak agak berlapik sesuai dengan konsep melayu dulu yang di bawanya.

Isu ini bukan sahaja menguntungkan PAS, menyesakkan nafas umNO malah jua menyerlahkan pertembungan terbuka Najib dengan timbalannya. Orang bukan Islam secara dasarnya sudah boleh memahami hasrat PAS melalui hubungan yang berlangsung selama ini. Inilah masanya DHPP memainkan peranan dan menunjukkan kesetian yang dilafazkan selama ini. Hudud milik Islam dan hanya untuk Islam. Orang bukan Islam boleh memilih melihat terlebih dahulu sebelum meyakini keberkesanannya nanti... kerana hakikatnya Allah tuhan semua...

Tiada ulasan: