Tong kosong memang bunyi kuat kalau di ketuk...sayangnya tak de isi. KITA yang dipimpin Zaid Brahim mengegarkan negara dengan roadshow menyokong Najib setelah menghapuskan ISA. Jadual terkejut roadshow itu bermula di tanah tumpah darah Zaid.
Seperti posting sebelum ini, saya menjangkakan sekarang masa terbaik Zaid untuk kembali ke pangkuan umNO setelah merasai pahi maung berjuang bersama rakyat dalam Pakatan Rakyat. Namun memang Zaid orang bijak yang tidak mudah menjilat kahaknya sebagaimana Brahim Ali, Zaid mulakan langkah kembalinya dengan roadshow menyokong Najib.
Alasan Zaid sangat mudah, kerana dulupun memang dia tinggalkan umNO angkara tak setuju dengan ISA. Prinsipnya berkisar tentang ISA sahaja. Bukan perjuangan membela rakyat. Sebagai pengamal undang undang , tindakan Zaid itu wajar. ISA bercanggah dengan undang undang. Zaid tak peduli soal kesusahan rakyat kerana Zaid tak pernah rasa susah.
Tindakan Zaid itu dibantah oleh kepimpinan KITA yang lain. Zaid menjadikan KITA partinya sendiri . Beliau dikatakan membuat keputusan tanpa berbincang dengan kepimpinan lain. Tentunya ia menimbulkan kemarahan pemimpin lain, apatah lagi yang dipecat.
Memang adat bila bergaduh maka banyak yang terdedah.... antara yang menarik...KITA yang dikatakan nak buat Roadshow tu hanya ada 500 ahli...ha..ha...kalau setakat 500 orang... baik round Kota bharu je... memang tong kosong...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan