"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini."Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.
Kenyataan Najib itu bagaimana pun disertai dengan pusing pusing bagi rakyat yang tak paham fening lalat....
Najib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat. agaknya rakyat mana yang bermurah hati bersetuju dengan cukai tersebut? agaknya orang umNO yang terlalu " cerdik" pun akan membantah melainkan mereka yang turut mabuk dengan kenyataan seperti disebut Najib..."Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mngurangkan defisit fiskal kami, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib.Mudah sangat kerajaan nak ringankan beban dengan menalihkan kepada rakya. Bukan ke kerja kerajaan mengurangkan beban rakyat, tetapi BN nak kurangkan beban kerajaan kononnya dengan mengalihkan kepada rakyat. Kerajaan terbeban kerana salah urus dan penyelewengan dalam pembangunan dan pembelian harta kerajaan termasuk kelengkapan tentera yang masih belum dinafikan dengan sepenuhnya!
Malang bagi rakyat Malaysia ditakutkan dengan ugutan jika bukan kerajaan Bn yang memerintah negara tidak maju, huru hara dan sebagainya! yang terpengaruh bukan sahaja yang tak sekolah malah yang belajar sampai Universiti pun bangang juga! ini yang dikatakan buta perut. Dalam islam disebut buta hati... Biasanya yang buta hati ni yang banyak makan haram dan buat derhaka kepada Allah.
kita menanti apa reaksi rakyat Malaysia. jika BN masih mampu kekal lagi selepas PRU 13... bererti PR perlu pendekatan lain ..... tak perlu lagi berhempas pulas mencari bukti dan fakta ...cukup dengan propaganda dan cerita yang boleh menjadikan rakyat sedih dan simpati seperti dilakukan oleh P Ramli dalam meraih simpaati kepada Hang Tuah dan Jins Samsudin dalam Bukit Kepong...kerana rakyat Malaysia khususnya melayu adalah peminat hindustan yang rela ditipu asalkan boleh menangis....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan