Sabtu, 17 September 2011

PROFESOR DAH SONGSANG

Arahan atau dah tak tahan dengan asakan.... akhirnya manusia bergelar profesor yang rasa dirinya bijaksana... .....mengalah juge...“Perbezaan ‘tipis’ (seperti kata Pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang,” kata Zainal lagi.

Menggunakan putar belit bahasa, Zainal mengatakan bahawa beliau juga merasakan dijajah .... namun hanya setelah di asak pelbagai pihak selama lebih seminggu selain tiadanya talian hayat dari bosnya untuk membela ....hanya Tun Mahathir yang memberi sedikit bantuan ketika Zainal Kilng sesak nafas.

Lebih memeritkan , Pengerusi 1 Malaysia.. Dr Chandra Muzaffar juga berpaling tadah dan mengambil pendirian menyanggah pendapat songsang tersebut. Kenyataan Zainal dibuat di saat negara menyambut hari Malaysia . Zainal menyedari bahawa fakta putar belit yang dikemukakannya tidak banyak membantu BN sebaliknya melupakan isu yang cuba dimainkan BN iaitu simpati terhadap mangsa komunis bagi menyerang PAS khususnya Mat Sabu.... Usaha mengampu Zainal sebaliknya merugikan BN kerana Pakatan Rakyat menggunakannya untuk menggasak BN. Kerajaan sehingga kini tidak memberikan pendirian terhadap kenyataan pengerusi Profesor negara yang entah siapa anggotanya selain Ramlah Adam dan beberapa tokoh umNO.

Kenyataan terbaru Zainal mungkin satu strategi mengendurkan serangan kepada umNO dan kerajaan. Desakan Tg Nik Aziz dan Tuan Ibrahim agar kerajaan menyatakan sikap terhadap kenyaan Profesor dan majlisnya yang entah bila ditubuhkan belum bersambut.

Sekurang kurangnya sambutan hari Malaysia semalam sedikit mengundurkan pendirian atau hujah songsang Profesor songsang....  Apapun alasan Zainal...umum mengetahui kenyataan itu bertujuan memberi kredit kepada Bn dan umNO. Tujuannya hanya satu.... menyatakan ...siapa menentang kerajaan ...dulu , kini dan selamanya adalah komunis... dan pengampu British dari kalangan umNO dulu Kini dan selamanya adalah pejuang kerana KONONNYA Malaysia tak pernah dijajah...

1 ulasan:

musafirlalu berkata...

Salam.... Satu hujah yang tepat buat profesor kangkung.