Ahad, 18 September 2011

MENGHINA RAJA MELAYU...

Isu tauliah agama menjadi isu berterusan di Selangor. Terbaru ialah halangan atau sekatan terhadaap apa yang diistilahkan ahli politik dari menyampaikan kuliah. Persoalan paling besar ialah siapakah yang dimaksudkan ahli politik. Apakah ia hanya membabitkan wakil rakyat, JK parti atau ahli yang aktif dengan politik.

 Ternyata ia adalah penerusan dasar pemisahan politik dari islam yang menjadi akidah umNO. Umum mengetahui bahawa JAIS dan MAIS ibarat cawangan atau kerajaan kecil umNO atau BN dalam Selangor. Ia ibarat JKKP yang ditubuhkan bagi memecahkan perpaduan rakyat. Bezanya MAIS atau JAIS bernaung di bawah kuasa sultan sebagai pemerintah agama.

Apa yang menjadi masalah dalam negara kita ialah kerana mengekalkan dasar penjajah dalam menyerahkan kuasa agama dan adat istiadat kepada raja atau sultan. Masalah bukan hanya berlaku dalam isu tauliah malah ia juga membabitkan majlis fatwa dan makhkamah syariah dalam negara. Kita jangan hanya melihat isu ini disudut tauliah semata mata namun mesti diperluaskan kepada masalah sempadan agama dalam negara kita. Ia menjadi fitnah dan kekeliruan kepada bukan Islam.

 Cukup sudah kesukaran bukan Islam untuk mengenal Islam dari kepelbagaian mazhab, aliran pemikiran dan bentuk pemerintahan negara umat Islam yang rencam, dalam sebuah negara pun ia dilihat berbeza seolah islam adalah agama perpecahan. Bukan sekali perbezaan fatwa antara majlis agama dalam negara kita. Mengapa kita boleh bersama dalam menentukan hari raya tetapi tidak boleh bersama dalam isu agama yang lain?

Bayangkan seorang bertaraf profesor  seperti Dr Harun Din atau  bekas mufti dalam sebuah kerajaan yang diiktiraf dalam sebuah negara tetapi di halang untuk menyampaikan agama dalam negeri lain dalam negara yang sama? Dr Asri adalah sebagai contoh kekalutan sistem ini? Apakah kita lebih mengutamakan prosuder dari matlamat dan agama sendiri? Tujuan utama tauliah diberi ialah bagi mengekang ajaran sesat. bukan menyusahkan penyebaran agama.

JAIS yang bergelut dengan isu orang islam didakwa ke gereja tetapi menghalang alim ulama berdakwah di masjid. Jangan nanti orang Islam lebih bodoh dalam agama berbanding Kristian dalam isu agama masing masing. Gereja bebas mengajar agama kepada pemeluk mereka tetapi masjid dibataskan.

 Tujuan jabatan agama ditubuhkan adalah untuk menjaga dan menyebarkan agama, namun apa yang berlaku di Selangor ialah menyempitkan ruang dakwah. Jabatan agama mempunyai kuasa untuk mendakwa mereka yang menyebarkan ajaran salah dalam kuliah. Jika ahli politik dilihat menyampaikan ajaran yang salah maka ia boleh didakwa di mahkamah. Atau sememangnya tidak boleh mengajar politik yang merupakan sebahagian Islam di dalam masjid Selangor? Kerana umNo dan JAIS masih berakidah bahawa politik suku agama suku. jika begitu ... sahlah JAIS dan MAIS dipimpin oleh mereka yang tiga suku. Malangnya bila institusi agama dipimpin oleh bukan ahli agama... ia petanda kemusnahan yang dijanjikan Rasulullah!

Berbalik persoalan tauliah.... menghadkan tauliah dalam sempadan negeri adalah unsur perpecahan. Apakah raja dan sultan dalam negeri negeri di malaysia ,menganut agama yang berbeza sehingga tauliah yang diberi oleh Sultan Perak tak laku di Selangor? Agama bukan milik raja raja atau sesiapa sahaja. Jangan jadikan agama milik individu! Para mufti mesti bertindak dalam hal ini.

Sepatutnya jika seseorang telah memiliki tauliah dari mana mana sultan atau raja di Malaysia mereka diberi kebebasan mengajar di mana mana negeri dalam Malaysia. Mungkin isu ini perlu di bawa oleh Mufti dalam mesyuarat raja raja melayu! Jika tidak... kita mengundang masalah dan perpecahan dalam agama di negara! Apakah Sultan  Selangor tidak percaya kepada sultan  Kelantan dan sebagainya sedangkan kita tahu mereka saling menghormati antara satu sama lain. Jangan kita menjadi punca melagakan antara raja dalam negara kita kerana setiap tauliah ditandatangani oleh raja atau sultan dalam negeri. Walaupun ia membataskan sempadan dalam negerinya, namun atas dasar menghormati baginda sesama mereka sewajarnya sempadan itu dipecahkan! Melarang atau menafikan tauliah yang diberikan baginda bererti memperlekehkan dan merendahkan pengiktirafan seseorang raja! Jika kita mendakwa menghormati institusi raja melayu... perkara ini mesti diperbetulkan.

1 ulasan:

misnona berkata...

dek kerana politik sempit umno takut dengan isu agama, timbullah tauliah bin tauliah, semua yang nak cakap hal agama kena tauliah.ini ajaran mazhab mana? cubalah semak semula. kemunduran agama kita kerana urusan agama dijadikan seperti sebuah jabatan dengan susunatur organisasinya yang komplikated, agama islam dimomokkan, akhirnya lebih baik bercakap tentang argtis bogel, gosip, kisah mak janda, sebab ia tak perlu tauliah. betul kata orang, banyak sangat ketua kampung dalam agama, ini yang buat kacau-bilau, cakap sikit sensitif, derhakalah, sampai bila islam melayu tak maju, makin mengendur dan asing akhirnya sesuai dengan hadis Nabi SAW yang mengingatkan Islam ni jadi dagang semula.