Ahad, 18 September 2011

KELI KEMBALI KE LUMPUR?

Pengumuman memansuhkan ISA dan beberapa undang undang zalim oleh Najib Razak pada malam Hari Malaysia adalah sesuatu yang dinantikan semua pihak pencipta keadilan. Cuma segerombolan orang zaman batu yang agak terkejut dan tak bersetuju. Bagi mereka , negara akan aman tanpa maahkamah barangkali.
Antara yang nampak seronok sangat ialah bekaas menteri di jabatan Perdana Menteri yang pernah bertanding jawatan timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim. Beliau yang kini mendapat jawatan yang lebih tinggi dalam parti KITA sebagai presiden berbanding timbalan presiden yang diidamkan di dalam PKR. Jawataan lebih tinggi dalam parti lebih rendah. Sekarang dilaporkan KITA sedang bermasalah dikalangan pimpinan.

Pengumuman pemansuhan ISA oleh Najib dilihat peluang terbaik Zaid untuk menjadi sirih yang pulang ke gagang. Zaid pernah digasak hebat ketika bertanding dalam PRK. Peribadi beliau digasak hebat oleh umNO... ianya hanya reda apabila Zaid mengugut akan mendedahkan nama pemimpin umNO yang tahi arak.
Zaid keluar dari umNO dulupun antara lain kerana menentang ISA. Beliau dilihat pemimpin yang ada pendirian yang tegas. Beliau pernah menjadi peguam umNO yang mengheret kerajaaan PAS ke mahkamah kerana ingin melaksanakan hudud. Apabila beliau keluar dari umNO, umno Kelantan seakan bebas mendokong biawak hidup. Namun Zaid bertindak lebih terkehadapan dengan menjual bangunan umNO di Kota Bharu miliknya kepada PAS. itu mungkin jasa terbaik Zaid didalam PR dulu.

Kini Zaid telah dilihat menyatakan kecenderungannya kepada Najib. bermula dengan pujian langkah Najib membatalkan ISA. Jika Zaid pulang kepangkuan umNO, Zaid tak rugi apa dan tetap dilihat pemimpin berprisip kerana itulah yang menyebabkannya meninggalkan umNO. Jika Zaid kembali , ia tidak dilihat seperti Ibrahim Ali katak. Zaid tidak berhutang apa apa dengan PR seperti Brahim berhutang kerusi Pasir Mas dengan PAS.

Saya sangat yakin Zaid akan meninggalkan KITA atau mengheret KITA bersama umNO menjelang PRU 13. bukan hanya Sirih pulang ke gagang...tapi mungkin juga seumpama  keli balik ke lumpur...

Tiada ulasan: