Rabu, 21 September 2011

WIRA BUANG BAJU

Nampak gayanya umNO BN masih berminat untuk menggunakan isu Mat Indera untuk Mat Sabu. Ia dibuktikan melalui tangkapan dan dakwaan terhadap beliau. Atas alasan ianya menganggu ketenteraman dan keharmonian lantaran laporan polis yang banyak.

Kita menanti apa tindakan polis terhadaap Zainal Kling yang juga menerima laporan yang banyak lantaran kenyataan bahawa Negara tidak pernah di jajah. Jika bilangan untuk menangkap dan mendakwa belum cukup…maka sewajarnya PR dan NGO yang sependapat dengannya menambahkan laporan untuk melihat dan mengimbangi kerja Polis.

 Dakwaan itu dibuat atas asas keresahan di kalangan waris dan mangsa komunis sedangkan Mat Sabu secara penjelasan kemudiannya bahawa beliau bukan menyokong komunis tetapi mat Indera yang dikatakan terlibat dengan serangan Bukit Kepong. Waris malah anggota polis sekarang juga di heret sama dengan sentiment tersebut.
Persatuan bekas polis dan tentera diheret sama menghinakan diri mereka yang telah mulia dengan Istilah dan pemakaian DIRAJA dengan anggota yang berkhidmat untuk penjajah sebelum merdeka. Dengan manipulasi media , umNO Berjaya mengheret mereka beermosi dengan istilah POLIS atau anggota keselamatan. 

Jika begitu sensitifnya bekas POLIS DIRAJA dan TENTERA DIRAJA dengan istilah , dibimbangi nanti mereka akan marah juga dengan orang yang memaki polis dan tentera Israel…hanya kerana sentiment mereka adalah anggota keselamatan Negara.

Apakah bekas Polis dan tentera yang berkhidmat dengan kerajaan selepas merdeka akan turut bersimpati dengan tentera Yahudi yang menjajah Falastin? Ataukan mereka turut simpati dengan siapa sahaja anggota keselamatan tanpa menilai untuk siapa mereka berkhidmat?

Bukan niat untuk menghina mereka yang terlibat dengan penjajah kerana barangkali ada diantara mereka yang tersepit dengan tugas dan pendirian sebagai anggota penjajah dan tanggungjawab kekeluargaan. Mungkin mereka tidak seberani seorang pegawai polis di yang dikatakan membuang pakaian seragamnya  kerana membela Natrah yang dimurtadkan. Namun untuk menjunjung mereka sebagai wira adalah sangat keterlaluan. 
Inilah perkara yang sewajarnya dipertimbangkan. Mat Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai wira tidak beerti menghina anggota polis yang terkorban. Malangnya kita mengambil kesimpulan mudah yang dididik oleh umNO. Apabila menyokong pembangkang beerti menentang Kerajaan! Apabila kita menyokong Pakatan Rakyat beerti kita tidak boleh menggunakan prasarana yang di buat kerajaan BN.  Inilah kolotnya pemikiran yang didagangkan umNO untuk rakyat yang telah merdeka lebih 50 tahun…jika mereka menganggap Tanah Melayu pernah dijajah..

Tiada ulasan: