Selasa, 15 November 2011

LEMBU PAK LAH... POLITIK MUHYIDIN? siapa tercucuk punggong?

Lembu...lembu.... banyak betul isu lembu akhir akhir ni.... Bermula bantahan pasal lembu korban...melahirkan semakin ramai watak lembu... Timbul pulak isu Lembu laki Shahrizat, makin ramai jadi lembu dan kenyataan berwatak lembu...

Ketika isu semakin membarah, susu lembu belum sempat diperah, muncul pulak Pak Lah... ha... ha... apa tujuan dan politik Pak Lah tak le diketahui kerana pak Lah bukan seorang bijak politik. Pak Lah telah dilembukan oleh Dr Mahathir bagi mengimbangi watak Anuar sewaktu Mahathir memecatnya. Akhirnya Pak Lah yang dilembukan oleh Mahathir dijadikan korban...memang itulah nasib akhir seekor lembu ternak...

Orang melayu memang minat dengan lembu... Bodoh macam lembu, lembu punya susu sapi dapaat nama... antra peribahasa melayu berkaitan dengan lembu. Lembu memang popular malah kisah lembu ada dalam alQuran dan surah pun nama lembu....albaqarah...ssapi betina yang sama spesis dengan lembu... Orang hindu anggap lembu jelmaan dewa...banyak patung lembu... Dan kini banyak dah saudara susuan lembu dari New Zealand kerana minum susu lembu...

Berbalik pasal lembu Shahrizat....(bukan Shahrizat lembu)... ia mula dibangkitkan MP PR. Ia menjadikan menteri yang mengidam jawatan MB Selangor melompat. Menafikan dengan fakta berbelit. Belum sempat orang percaya putar belit pak menteri, PR dedahkan pulak duit lembu beli kondo. Belum sempat menteri nafi Khairy dulu jawab.... bijak khairy.

Jawapan Khairy dilihat satu sudut membela lembu Shahrizat, tetapi disebalik politik licik itu, Khairy sebenarnya membenarkan dakwaan MP PR. "Pembelaaa" Khairy sebenarnya menutup ruang Noh untuk menafikan kerana telah diaakui sendiri oleh MP umNO. Ini politik Khairy budak oxford yang pernah menjadi penasihat Pak Lah.

Tiba tiba Pak Lah yang pernah jadi lembu mahathir yg kemudiannya disembelih Najib bercakap supaya jangan salahkan Shahrizat. apakah Pak Lah dapat merasakan kepedihan hati Shahrizat angkara suami dan anaknya sama seperti kepedihan Pak Lah angkara menantunya? Apakah nasihat Pak Lah itu ditujukan juga kepada orang yang marah kepada menantunya dan menuntut Pak Lah letak Jawatan? hanya Allah dan pak Lah sendiri yang tau rintihan hati Pak Lah yang dah tak dipedulikan.

Atau apakah Pak Lah juga ingin menyaingi Mahathir yang sentiasa bersuara selepas persaraannya? Bezanya Pak Lah membela , tidak seperti Mahathir yang mengkritik. Harus juga ditanya... mengapa media mengangkat kembali suara Pak Lah ? Apakah isyarat suara itu untuk menyaingi Mahathir? atau ada agenda lain dalam persaingan Najib Muhyidin? Nada Pak Lah seiring suara Muhyidin.... sesuatu yang amat menarik... kita nantikan...

3 ulasan:

ishak arrahman berkata...

ooo sesedap rasa jer kata org lembu..tak rasa berdosa ke awak ni..kalau awak tu pandai sangat naper tak jadi pm..sebenar nya org2 yang macam awak lah yang layak digelar LEMBU..lembuuuu

Tanpa Nama berkata...

sekor daripada beratus ekor lembu sharizat terlepas dan jadi pencacai angkat najis sharizat...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

ishak...ishak....baca pakai otak ke pakai hidung???? ish..isshhh